Barulah aku tahu bahawa sememangnya sangat-sangat tenteram duduk di dalam kapal selam ini hinggakan jika air paip menitik pun boleh aku boleh mendengarnya. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu mendengar perbualan telefon yang kuat, ketawa yang kuat dan cerita-cerita dongeng tentang kebijakan anak-anak mereka. Jika aku terlampau jemu dengan keadaan di sini aku boleh juga sesekali memanjangkan teropong melihat Ros itupun jika tidak kantoi. Namun kunjungan makhluk di sini di atas urusan kerja tidak pernah surut walaupun “workstation” aku sudah mempunyai pintu “private & confidental” hinggakan geram sangat dengan si Hanif yang asyik berulang kali datang ke bilikku, aku mengambil keputusan yang bijak mengunci pintu daripada dalam bilik, tetapi oleh kerana risau dia akan membuat aduan dengan Biro Pengaduan Awam iaitu Datuk Michael Chong terpaksalah aku mengalah. Nampaknya semua mereka di sini masih tidak faham maksud “private & confidental" agaknya!
No comments:
Post a Comment