Thursday, May 17, 2007

Penat jugalah aku sepetangan menelaah Akta Buruh 1955 untuk mengkaji Seksyen 59 & 60 mencari definasi “off day” dan “rest day” yang menyebabkan aku sukar meletakkan kadar bayaran kerja lebih masa pada hari Pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang lepas. Akhirnya setelah memakan burger yang dibeli dihadapan kedai 7 Elevan itu barulah aku tahu sebenarnya “rest day” cuma boleh ada satu hari dalam seminggu dan jika ada lebih daripada satu “rest day” dalam seminggu maka hari terakhir akan dikira sebagai “rest day”. Atau lebih mudah sabtu ialah “off day” dan ahad ialah “rest day” dimana kedua-dua hari ini Bangla sedang bercuti cuma orang gila seperti aku sahaja yang bekerja mengumpul harta kekayaan.
-
Angin angau apatah yang meresapi aku menyebabkan tiba-tiba aku memerah “throttle” Honda NSR aku ke Jalan Jugra menyergah pejabat Pacesetters menanyakan sijil 30.1 km aku yang lepas tanpa menghubungi mereka terlebih dahulu. Mahu sahaja aku marahkan Jenny kerana lambat sangat menghantar sijil itu ke rumah aku, tetapi bila melihatkan gambar di sijil Gunasegalan a/l Muniandy itu seiras-iras muka Zafrul, senyum aku berseri-seri seperti duda anak empat yang akan berkahwin dengan ada dara umur 21 tahun lagaknya. Aku kenal sangat muka Zafrul itu walaupun dibuat pembedahan plastik sekalipun ataupun memakai bedak sejuk setebal tiga inci hidungnya tetap penyek seperti dulu. Jenny berkali-kali memohon maaf di atas kesilapannya itu, kalau hendak diikutkan sifat jahat yang ada pada aku sepatutnya biarkan sahaja perkara itu tetapi memikirkan Zafrul boleh mendajal aku dalam projek gunungnya aku batalkan sahaja niat murni aku itu.
Posted by Picasa

No comments: