Banyak kawan-kawan aku yang berlari di atas katil kerana hujan yang lebat pagi semalam sempena Larian Bomba dan seperti biasa Firdaus masih di dalam kelompok 50 di hadapan. Aku, Ayob dan Farrah sudah semakin baik dengan catatan di bawah 69 minit untuk laluan 10.9km mengikut ukuran rasmi F.T.A.A.A. Aku rasakan cukup selesa berlari semalam tanpa menanggung kesakitan seperti Power Run sebelum ini dan keadaan itu juga berlaku pada Farrah yang menduduki tempat ke 24. Faizal dan Faisal berjaya menghabiskan larian tanpa perlu menaiki bas pulang walaupun termengah-mengah seperti orang yang kelelahan. Shahrul pula sudah semakin baik dengan catatan 59 minit tetapi yang lebih mengejutkan aku ialah Sham yang baru pulih selepas menderita sakit tulang belakang sudah semakin pantas dengan catatan 53 minit di tempat ke 69 merupakan catatan terbaiknya setakat ini. Aku tidak pasti pula sama ada kasut New Balance yang baru dibeli menjadi punca ataupun kaedah “simulation” yang digunakan dalam latihan menggantikan kaedah “interval” menjadi punca. Mr. Tan telah pun meletakkan sasaran realistik 45 minit untuk 10km untuk aku berdasarkan prestasi mengejut aku dalam Great Eastern Pacesetters 30.1km yang lepas cuma yang penting katanya aku perlu mengadakan latihan secara “interval” pula untuk membina bahagian otot-otot yang lain yang tidak pernah "diusik".
No comments:
Post a Comment