Permit untuk V2 telah diluluskan oleh Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar dan seramai 7 orang akan mengikutinya setakat ini. Aku pula agak risau dengan lutut kiri aku yang baru dalam 80 peratus kekuatannya disamping diserang demam panas sejuk yang masih belum pulih walaupun sudah 6 biji panadol cap ayam ditelan yang dibeli di 7 Elevan. Aku cuma berharap demam aku ini hanya disebabkan demam rindu kerana sudah lama tidak berjumpa buah hati aku atau paling-paling kurang kerana sudah lama tidak berjumpa dengan Azam Orang Minyak. Jika terkena denggi, al-maklumlah Kerinchi adalah syurga bagi nyamuk aedes Malaysia maka V2 terpaksa aku lupakan dan Zafrul terpaksalah memaksa sesiapa yang ada untuk menggantikan aku dan yang pasti sayur masak lemak kobis itu tetap menjadi sajian utama. Pagi-pagi lagi aku sudah menemui mak angkat aku di kedai makan kerana akan bertolak ke Mekah malam ini dan biasalah aku ini anak angkat yang suka mengambil kesempatan, mengambil kesempatan di atas janjinya akan menyampaikan hajat besar aku jika aku sudah melafazkan sumpah keramat itu.
Friday, May 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment