Saturday, July 28, 2007

Akhirnya Firdaus dikalahkan juga oleh Zack pagi tadi untuk larian 10 tingkat naik dan turun. Aku masih lagi mengalami sakit dada untuk larian jarak dekat tersebut namun berpuas hati dengan tempat ketiga dan yang penting Firdaus kalah untuk kali ini seperti yang dirancang oleh aku dan Zack boleh juga untuk dibuat modal mengutuknya hingga Hari Raya Puasa akan datang.
Mujur juga Alfian semput di tangga ke 7 jika tidak sudah tentu Emerald berada di tangga ketiga, keputusan rasmi akan dikeluarkan isnin depan dan nampaknya untuk menjadi johan amat tipis. Ini kerana seperti biasalah sebagai seorang bintang cuma aku dan Zack sahaja turun kali ini yang hanya memungut 17 mata. Sebenarnya hari ini amat memenatkan kerana malam semalam terpaksa mengangkat segala hadiah yang dimenangi oleh syarikat aku disamping terpaksa mengangkat perut yang penuh dengan isi udang, daging, salad dan ais krim di Sheraton Subang. Namun itu semua sungguh berbaloi kerana bila bergandingan dengan Noryn setelah aku membuang gambar-gambar yang tidak perlu dikiri dan kanan, barulah aku perasan aku sangat-sangat sesuai dengannya.





















No comments: