Kali ini aku pula dikalahkan oleh Salhizam dalam permainan congkak, bukan setakat Nik Shafini sahaja yang mentertawakan aku tetapi sangat ramai hingga tidak cukup ruang di blog ini kalau ditulis nama mereka. Encik Dollah dijadualkan menjalani pembedahan jantung kelmarin dan masih di dalam Unit Rawatan Rapi. Bila Mafeitz menceritakan bagaimana seorang doktor menjadi “tukang kayu” memotong tulang rusuk untuk mengeluarkan jantung aku rasa macam mual-mual seperti isteri yang mengandung tiga bulan rasanya. Akhirnya aku balik kerja pukul 12.45 pagi tadi hingga terpaksa pergi ke bilik kawalan mengisi buku log untuk mengeluarkan Honda NSR aku yang diletakkan di tingkat bawah tanah bangunan ini untuk pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment