Aku cuma menunaikan solat Isyak enam minit sebelum azan subuh dilaungkan dari Masjid Arrahman selepas tertidur semasa menonton Mutant X malam tadi. Kemudian aku tertidur lagi hingga jam 9.54 minit pagi sebelum pergi makan pagi di kedai mak angkat aku sambil mendengar dia berleter kenapa aku masih tidak kahwin-kahwin. Entah kenapa aku masih makan di gerainya sejak 7 tahun lalu walaupun terpaksa mendengar leteran yang tidak perlu setiap kali bersarapan. Ternyata apa yang aku tafsirkan mengenai Bukit Besi adalah sangat-sangat benar, kerana badan aku masih tidak dapat menerima kesukaran yang dilalui semalam. Keletihan badan aku seperti baru mengangkat seekor kerbau sapi lagaknya cuma tiada kecederaan yang dialami seperti marathon 42km. Yang peliknya selepas melakukan marathon 42km mac lalu kepenatannya tidaklah seperti hari ini, mungkin aku sudah terlalu tua agaknya dan tidak hairanlah jika aku mendapat gelaran “acik” oleh rekrut di Kem Sg. Besi!
No comments:
Post a Comment