Aku masih rasa macam kucing kehilangan girlfriend memikirkan bagaimana Bukit Besi boleh mengambil segala aura yang ada pada aku hingga menghilangkan segala keghairahan untuk melakukan latihan. Aku rasa Rajan masih marah pada aku kerana gagal turun menemaninya melakukan latihan "treadmill" dan basikal hanya dengan alasan aku tiada daya untuk melakukannya petang semalam. Sifat malas aku terbawa-bawa hingga ke soal kerja kerana tidak melakukan apa-apapun hingga 5.23 petang semalam melainkan pergi ke Marriot Putrajaya mengambil tanda tangan "big boss", menghantar CIMB autopay di Menara Olympia dan mengular sekitar Menara Star sambil mendaftarkan penyertaan rakan-rakan aku untuk MBPJ Run. Sewaktu makan di Menara Star aku sangat ghairah memandang segala awek-awek di situ dengan pandangan tanpa seurat benang namun aku terpaku dengan pandangan Usni yang sudah tidak ketemui lebih 6 tahun. Aku masih ingat muka budak baik itu yang sama-sama dibuang kerja bersama aku dengan notis 24jam semasa di Information Handlings Services bersama 65 yang lain, dan hari itu aku dan dia cuma boleh memandang ais di dalam air teh yang sudah mencair tanpa diminum. Kami cuma berjabat tangan dan memandang antara satu sama lain tanpa banyak bercakap seolah-olah ada terlampau banyak cerita sedih untuk dibukukan selepas hari malang itu agaknya.
2 comments:
ada daftar nama haku sekali x..
huhuhuhuhu..
-aYob-
Ada jangan risau! nanti ambil dengan aku.
Post a Comment