Nampaknya rencana aku mengenai Bah Gading lebih memberi kesan daripada Trans Titiwangsa mungkin disebabkan gaya penulisan yang lebih baik ataupun gambar orkid yang sangat cantik di situ. Apapun ramai yang tertanya-tanya terutamanya Azam Orang Minyak siapakah gadis orang asli pada mukadimah rencana tersebut. Nama gadis tersebut ialah Ana dan tidak pasti pula ia anak kepada siapa, mungkin anak Bah Gajah agaknya. Pagi-pagi lagi hujan sudah turun dengan lebatnya mujur cuma 15 minit sahaja jika tidak sudah tentu menyukarkan aku untuk mengekalkan status pekerja cemerlang di sini. Sakit di dada masih belum hilang sejak larian sabtu lalu dan mengalami batuk-batuk sepanjang malam tadi, mungkin disebabkan ujian larian “bleep” semalam yang diadakan di Jalan Yaacob Latif. Aku melepasi par 7/8 untuk larian “bleep” menewaskan calon lain tetapi itu bukan tiket untuk mendapatkan kerja di bahagian sukan agensi kerajaan jika tiada kabel optik sebesar peha.
No comments:
Post a Comment