Wednesday, August 01, 2007

Mungkin patut aku berhenti sahaja selepas menewaskan calon yang lain dan bukannya melakukannya hingga ke takat maksimum semasa ujian larian “bleep” kelmarin kerana hingga setakat ini jika aku terbatuk pun akan terasa sakit seluruh badan aku. Syukur rasanya kerana sudah lebih lima hari aku tidak nampak bayang Nik Shafini, sekurang-kurangnya tidaklah kering sangat poket aku dipau olehnya tambahan pula aku baru sahaja menghabiskan wang aku untuk projek air sejuk yang tidak diketahui hala tujunya lagi. Fadhli akan mendapat protegenya yang baru hari ini dan sudah tentulah Naim yang akan menjadi insan malang tersebut kerana silap haribulan Fadhli akan lebih keji daripada Donald Trump bila mengarahkan sesuatu. Ayob yang meminjam "head lamp" cap ayam aku sudahpun berjaya menawan Puncak Kinabalu minggu lepas bersama rakan sepejabatnya seperti yang dirancang, kerana itulah sudah hampir tiga bulan aku, Zafrul dan Ayob kurang “bermesra” seperti sebelumnya, mungkin selepas ini kami boleh menyesatkan diri bersama-sama lagi ataupun mencederakan diri kami untuk projek tahap gaban yang seterusnya.

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih Wafi kerna mempromo gambar haku kat dlm blog ngko nie..
jangan risau bro..kalo ada rejeki lebih, haku akan buat trip nie lagi..sebab da terasa gian nak mendaki kinabalu lagi huhuhuhuhuhu...

'Kinabalu 26-29 July 2007'

-aYob-

Maswafi Abd Samat said...

Yang penting head lamp aku dah sampai puncak!

Ok, kalau ada rezeki lebih.

Sebenarnya aku nak promo gambar "head lamp" aku je. hee..hee...