Rasanya baru pertama kali semua yang aku jadualkan secara “advance” gagal untuk memenuhi ruang jadual hari sabtu ini. Semua kawan-kawan aku yang perlukan semasa di dalam kesusahan yang pergi bermain go-kart, cuti-cuti Malaysia, membawa anak murid berkhemah di padang sekolah sendiri, pergi kenduri kahwin, diri sendiri kahwin dan yang lebih gaban ialah aktiviti tidur. Mungkin sudah sampai masanya aku pergi menghiburkan diri untuk aktiviti yang lebih santai agaknya seperti tengok wayang ataupun berkaraoke walaupun tidak ok. Tetapi aku cuma berharap aktiviti itu tidaklah dilakukan bersama Zubir Playboy sekurang-kurangnya biarlah aktiviti itu dijalankan bersama dengan jantina yang lain daripada aku.
No comments:
Post a Comment