Hari ini jika melihat muka aku di cermin tandas tidak ubah seperti Apek yang baru pulang menanam sayur kangkung di bawah tali api. Mungkin agak tertekan dengan jumlah emel yang diterima semuanya seperti tidak berpuas hati dengan tindakan aku memotong elaun kedatangan, tuntutan kerja lebih masa dan kemudahan perubatan, tetapi ada juga emel yang berunsur pujian di atas kecekapan tetapi aku termakan sangat dengan pujian tersebut kerana ia bukannya boleh dimakan pun. Aku rasa mereka ini mahukan orang lain melakukan tugas tersebut agaknya, aku rasa lebih baik mereka lupakan sahaja kerana protégé baru yang aku latihpun sendiri sudah berani memotong tuntutan kerja lebih masa kepunyaan aku sendiri. Masa aku pagi ini selama 2 jam 13 minit di habiskan dengan Mahen dan Stanley yang asyik berkata tidak boleh untuk perisian yang dicipta oleh syarikat mereka. Barulah aku rasa Azam Orang Minyak, Fadhli dan Naim itu berguna disini kerana mereka ini jarang untuk berkata tidak boleh walaupun tidak boleh kerana mahu cepat naik pangkat.
No comments:
Post a Comment