Pantang sehari aku tidak menulis diari aku ada sahaja yang datang mengutuk, dan aku rasa tidak lain tidak bukan ialah peminat gaban aku Nik Shafini yang selalu lapar itu. Aku melangkah setapak lagi kerana rencana pertama aku akan dikeluarkan di dalam Harian Metro pada hari khamis selewat-lewatnya pada Ramadhan ini setelah ditolak mentah-mentah oleh Kosmo. Aku akan dikira bertuah jika mendapat dua muka surat kerana rencana itu tidak perlu dipotong tetapi jika hanya satu muka surat yang diperuntukkan maknanya muka aku dan Zafrul hanya nampak hidunglah sahajalah. Gambar-gambar Tans Titiwangsa dan Bah Gading sebenarnya bukannya sentuhan daripada kamera aku kerana aku tidak mempunyai kamera walaupun kamera cap ayam seperti kepunyaan Pak Su. Rencana tanpa nama samaran tersebut tidak dikenakan bayaran langsung oleh aku, kerana yang penting aku membina jenama dahulu dan “networking” di media cetak.
No comments:
Post a Comment