Thursday, August 02, 2007

Bah Gading, Bidor (Versi Mazlina)

Laporan: Mazlina Mohamed Razally
-

13th July 2007 [Jumaat]
-
Petang Jumaat tu, semakin rancak pula jantung aku ni berdegup, iyalah malam ni nak bertolak ke Bidor dah, dan seterusnya ke Gunung Bah Gading. 1st time ni nak pegi aktiviti Gred A anjuran OGKL. Perasaan masa tu antara seronok + seriau huhuhu.Lepas kerje, tepat pukul 4.30pm aku keluar opis dan balik ke rumah dulu (tapi aku bukan keje gomen ye). Lepas maghrib, aku drive ke bangunan MAA, nak minta tumpang parking kerete di situ. Dah buat appointment dengan Muzammil. Lepas tu, member MAA kami yang lain tolong hantar aku & Muzammil ke Restoren Teratai. On the way, DeenDang telifon Muzammil, tanya kat mana dah. Takder orang kat sini katanya, masa tu kalau tak silap baru pukul 8.30pm lebih. Kami ahli-ahli yang baru join ni takut nak datang lambat, nanti apa kata OGKL plak... hehehe. Aku & Muzammil mungkin orang yang ke-3 & ke-4 yang sampai. Masa tu DeenDang dah borak-borak dengan Amir.Deeno (Presiden OGKL) bagi taklimat tapi dia tak pegi. Rupanya kali ni kami ikut ketua rombongan Che Din. erk bukan rombongan Cik Kiah ye. Malam tu bas kami bertolak lebih kurang pukul 11.00pm. Singgah di Rawang R&R (kalau tak salah ler) utk minum-minum dan buat apa-apa yg patut dulu. Sebelum turun bas, Abg Fahmi berpesan, kat campsite nanti saya nak nengok 39 botol air 1.5 liter ok. Laku sungguh kedai yang jual air mineral 1.5 liter malam tu.
-
14th July 2007 [Sabtu]
-
Sampai di Bidor dalam pukul 1.00am. Lebih kurang dalam 15 minit sebijik 4WD datang. Group pertama berlepas dulu, tak tau pukul berapa dah masa tu. Aku naik 4WD trip yang kedua. Masa tunggu ketibaan 4WD tu, mak oiii lama sungguh rasanya. Dalam hati aku, mesti jauh benar ni. Rerupanya mereka sesat, pasal tu lama kemain. Hehehe. Kami yang menunggu di anjung Masjid sampai terlena-lena dibuatnya. Tiba-tiba, (suspen ni), dengar bunyi sesuatu menghampiri kami di Masjid, ingatkan 4WD tu dah sampai, rupanya penduduk tempatan situ (gaya macam ala-ala orang Masjid) dengan menaiki motor datang ke arah kami dan bertanya itu-ini. Nina ler yang menjawapnya.Akhirnya, dalam pukul 4.00am lebih baru 4WD untuk trip yang ke-2 sampai. Mak oii ni pukul berapa baru nak habis angkut semua orang ni. Tapi yg peliknya kami sampai adalah dalam ½ jam saja ke tempat kawan-kawan (the 1st group) berkumpul. Patutlah cepat, tempat tu bukannya Pos Gedong rupanya.
-
Sarapan pagi tu disediakan oleh Kakak Kantin OGKL iaitu Nina, sedap masakannya.Selepas berkemas, bersenam (diketuai oleh Pakli) dan bacaan doa, kami pun memulakan perjalanan kami ke Pos Gedong. Aku jalan ngan Ida. Dia ni 1st time join trip dengan OGKL. Seperti biasa, lepas seorang-seorang pintas aku dan Ida. Kami jalan macam dekat tepi pantai saja. Kekeke. Akhirnya, tinggal aku & Ida, di belakang sedikit bebudak UTK & AJK Sweeper.Dipendekkan cerita, masa kat trek balak tu, kami jumpa sorang penduduk situ & bertanya pasal Pos Gedong tu. Dia cakap tak jauh dah, sini ada jalan shortcut, dia pun tunjukkan. Rupanya itu jalan pintas ikut laluan semak. Erk semak ke hutan yek. Kami berdua saja pula tu, Ida dah panic dah, dia cakap takmohlah. Aku pun sama juga sebenarnya. Kang tak pasal-pasal sesat, sure kena marah nanti. Tup-tup kat belakang lalu ler si Pisang & Emma. Aku kabarlah pada Pisang & Emma ada shortcut, tapi suruh mereka lead the way fasal mereka lebih experience. Mamat tu kata dekat saja, kami suruh dia tunggu belah sana. Dalam hutan tu kami trekking, dengar dia jerit dari sebelah sana. Ok ker? Pisang jawap, haaa Ok Ok. Mamat tu Saya suruh pergi dulu ye Kami balas Ok, Ok.. jumpa di Pos Gedong (Memang jumpa pun hehehe). Macam thrill saja jalan shortcut tu kan kekeke. Keluar aja dari situ, trekking di laluan balak balik, lepas tu di depan kami dah jumpa Pondok Durian tu. Baby sudah ada di situ, terus jadi kami punya guide pula. Sebab kami jalan berdua aja, lagipun depan lagi dah nak sampai dah. Aku nampak ramai yang dah lepak-lepak bawah pokok durian tu. Sebelum meneruskan perjalanan kami makan dulu bihun goreng yang telah ditapau sambil bergurau senda dan berkenalan sesama kami.Lepas rehat, sambung trekking nak keluar dari Pos Gedong kena lalu celah kebun durian. 1st time aku trekking kepala dongak ke atas hehehe. Aku trekking dengan Ida lagi adalah sekali-sekala terserempak dengan yang lelain.
-
Untuk ke campsite, kami melalui laluan sungai. Keluar masuk sungai, menyebabkan kaki aku mula terasa sakit kasut habis basah kuyup. Tak terkira berapa banyak sungai dah aku randuk. Ada diantara kami yg amik peluang berendam. Tapi aku tak mandi atau berendam dalam sungai tu, dalam kepala cuma fikir, bilalah nak sampai ke campsite ni. Laluan sungai yang terakhir, kami berdua jalan dulu sebab bebudak UTK dan AJK Sweeper nak berpiknik dulu. Takpelah, aku cakap jumpa lagi nanti sebab kami jalan slow aje.Keluar dari trek sungai, sampai di trek balak balik, kami dah tak tau jalan mana satu. Ada anak panah tunjuk ke arah kiri tapi yg ke arah kanan tu macam menaik takkan campsite arah menurun plak. Tak boleh nak buat decision,aku dan Ida pakat lepak tepi jalan balak tu tunggu bebudak UTK & AJK Sweeper. Lebih kurang 45 minit kami tunggu, jam nak dekat pukul 5.00pm waktu tu, orang belakang tak muncul-muncul juga. At last, yang muncul Jus & Che Din. Aku dah mula sebak dah Je je jeng hehehe. Mana taknya, dah ler kami tunggu lama rerupanya mereka buat makan-makan tepi sungai tu dan tak ajak kami pun hehehe.Jus & Che Din jadi kami punya sweeper pula. Trekking punya trekking Che Din hilang. Jus cakap dia tunggu yang lain-lain di belakang. Trekking lagi kami bertiga, jumpa anak sungai, Jus turun kat sungai tu (amik air kot) sebab tak pasti yang tu last water checkpoint ker. Aku dah amik air siap-siap dah di sungai yg last tu. Kami pun jalan dulu, sebab aku ada penyakit tak boleh berhenti lama-lama nanti berhenti terus hehehe. Kat depan, iaitu kat yang betul punya last water check point, bertembung plak ngan Abg Fahmi, Syuk & Wafi (kawan NieFeng). Syuk & Wafi tidur-tidur ayam masa tu, Abg Fahmi amik air lepas tu siap masak-masak air di situ.
-
Wah dalam hati aku, ooo ni nak dekat dah ni. Aku pun tanya Abg Fahmi, berapa jauh lagi. Dengan selambanya sambil mengangkat air sungai 2 jam aja lagi jawap Abg Fahmi. Masa tu aku rasa dunia bukan ana yg punya biar benar abg Fahmi ni. Aku bagitau Ida, ala dia saja jer cakap 2 jam sebab nak suruh kita cepat. Siap tanya Ida, nanti dah sampai campsite nak turun balik ke kat sini nak mandi-mandi sebab ingat dekat dah dan kami dah berjalan 1 jam dah masa tu (Fairos bagitau jalan balak tu sejam aja sampai campsite. tapi dia tak bagitau, itu sejam kalau kita berlari ler isk haru betul ler). Abg Fahmi suruh kami lepak dulu dengan mereka kat last water checkpoint tu, tapi aku & Ida nak terus jugak naik sebab takut kena OT Waktu tu dah pukul 6pm lebih dah Kami naik jer berdua sampai ketika mental dah 0 (zero) dah. Dekat satu trek, mcm semak sikiut jalan trek dah tak nampak dah. Ida taknak naik dia nak tunggu orang belakang. Aku pun samalah juga hehehe. Tunggu punya tunggu (lama jugalah kami tunggu), bebudak di bawah tak naik-naik lagi aku nekad pegi recce dulu trek semak tu, nampak jalan tapi mcm genting jer jalan tu. Aku tak kira, nak juga lepas dari area tu. Kami pun lepas (rupanya takder ler genting sangat, tapi sebab kami punya mental dah zero, sumua benda jadi genting hehehe).
-
Hari dah gelap, jalan-jalan ke depan, tup-tup Wafi & Syuk dah ada di belakang kami. Ida depan sikit dari aku. Aku dah nak nangis dah sebab hari dah gelap kena OT. Headlamp pula tak seterang lampu di bilik rumah aku tu huhuhu. Wafi offer nak tolong bawa beg aku, aku cakap tak apa aku boleh bawa lagi. Cuma kalau 2 jam lagi nak sampai ke campsite takpalah, aku taknak pergi campsite. Syuk tegur, eh.. macamanapun kita kena pegi campsite juga katanya. Aku jawap erkk iye ke.. kena pergi juga ke? Tak pergi tak boleh ke? (Teringat kes kat Pine Tree Hill hehehe) Lepas tu aku buat-buat batuk sebab nak elak dari kawan-kawan tau aku nak nangis dah kekeke. (Isk tapi aku tak nangis ler). At last, Wafi bawak beg Ida, sebab Ida pun cam aku gak dah tak larat dah dan Ida tolong bawakan beg air aku.Kat belakang kami rupanya, Abg
Fahmi & beberapa yg lain lagi dah sampai dah.
-
Melihatkan keadaan Wafi yg agak payah juga nak bawak beg Ida. Abg Fahmi suggest, bahagi-bahagikan barang-barang Ida kat beg-beg lain. Pastu Ida bawa balik beg dia yg dah kurang sket muatannya tu. Beg air aku tu diserahkan kepada Wafi pula. Jalan depan lagi, kitaorg berjumpa dengan Ramli yang sibuk membuat unggun api aku happy ler sebab ingat kita dah sampai rupanya itu hanyalah campsite tiruan sahaja. Hampeh tul. Kami port kat situ, supaya dapat bersatu kembali dengan orang-orang yang dibelakang semua sekali sebab kat depan tu ada longkang besar nak kena lompat Je je jeng Masa lepak kat campsite tiruan tu, Ida duduk tekup muka. mesti dia nak rest. So, aku tanggal beg, hantar beg ke seberang dulu lepas tu lompat. Duduk lepak kat sebelah sana dengan Baby, Zizan, Wafi borak-borak melepaskan lelah sambil tunggu kengkawan dari campsite datang.Tiba masanya kena bergerak ke campsite kengkawan dari campsite dah datang. Masing-masing mula melompat longkang tersebut. Masa Ida nak lompat, aku dah seriau dah tapi dia berjaya melompat, cuma mungkin terasa sebak sikit kot. Maka bermulalah adegan air mata. Isk aku pun terkedu kat situ, tetiba rasa nak nangis sekali. Tapi kedengaran suara Cuna, pujuk dia tengokkan dia tu Erk, aku ker yg kena pujuk mana ler aku reti semua ni, tapi ngan selamba aku cuba meng-comfort-kan dia, sesambilmeng-comfort-kan diri aku sendiri juga. Ida bagitau aku, dia dah mula sebak masa kat trek semak tu, masa kami nak lepaskan kat genting yang tak seberapa genting tu.
-
Well, lepas tu kami OK aja orang perempuan memang macam tu hati lembut especially orang yang lahir bulan July sentimental hehehe (ayat cover line ni). Akhirnya sampai juga ke campsite hasil kerjasama semua pihak.Malam tu sementara menunggu dinner, Ida bagitau dia taknak shoot ke puncak. Aku pun macam terkena tempias gak. Tapi aku ingat baik tanya AJK dulu, boleh ker? Belum abis tanya dah kena sergah Haa tak naik puncak, satu tahun jadi bahan dalam milist nanti Sebut Bah Gading, tau dah sapa yg tak sampai puncak. Ni kategori Gred C jer ni. Dalam hati aku sejak bila plak jadi gred C ni. Tapi pikir2 kan betul gak, rugi jer, ala setakat 2-3 jam jer lagi nak sampai puncak. Alang-alang menyeluk pekasam. Semangat beb, semangat.. ZZZzzzzz.
-
15th July 2007 [Ahad]
-
Bangun pagi, bersiap nak ke Puncak. Sarapan sekali lagi disajikan oleh Makcik Kantin Nina. Kami pun memulakan perjalanan ke puncak. Pada awalnya, Ida stay kat dalam khemah tapi akhirnya berjaya dipujuk oleh AJK Sweeper (Fairos). Wah, seronoknya kesemuanya sampai ke puncak walaupun ujan lebat, badan sejuk, trek licin dan lain-lain. Tapi arrivals time kat puncak tu lain2 ler. Seperti biasa aku punya flight delay, so sampai pun dah nak akhir2 dah. Ahh tak kira, janji aku sampai puncak hehehe. Kul berapa pun dah tak ingat dah waktu tu penampilan diri pun dah herot-bengot dah. Kenangan dipuncak diabadikan bersama2 yg lain yang menunggu dgn minum air kemenangan. Gambar diabadikan dgn mcm2 gaya. Tetiba plak ader kontraktor pegang plan kat puncak tu hehehe (lawaklah Zizan).
-
TAHNIAH buat OGKL dan peserta diatas kejayaan. Kini tiba masanya, untuk kami meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke rumah. Masa tu aku target rumah terus, bukan Pos Gedong dah hehehe. Perjalanan menuruni gunung (tapi adakala kena gak mendaki) berjalan ngan lancar Ida, hmm lajulah plak dia kali ni Aku seperti biasa jalan2 dgn gaya sentimental aku Waktu take 5, aku tak take 5 tapi bukan nak tunjuk terer kang stop, terus stop nanti lagi haru. Lagipun aku tahu dorang tentu dapat potong aku balik, sebab tu kalau mereka take5, nampak aja aku datang maka kedengaran suara Abg Fahmi melaung Jom kita jalan, Cuna dah sampai dah dia takleh berhenti. Sabaraje laaa Hehehe. Tapi ada ketikanya, aku berenti juga wuishh giler apa jalan tak henti-henti.Akhirnya, kami sampai di Pos Gedung lebih kurang kul 9.00pm. Tapi ada perkhabaran yang kurang menarik, 4WD tu dah taknak ambil kami. Last departure was 8.30pm malam tu. Alamak pasal aku lambat ke jadi camni. Gabra dan takut orang marah-marah aku pula. Tapi AJK OGKL memang CLASS, walau bagaimanapun mereka berusaha juga bagi mendapatkan transport untuk mengepos kami keluar dari Pos Gedong tu. Kalau nak suh aku trekking keluar takperla aku memang dah tak larat dah bermalam ajalah di pondok durian tu. Tapi dengan syarat, OGKL bagi pinjam lampu bulat besar tu dulu kasi terang mcm dalam bilik kat umah aku Heheheh ZZZZzzzzzz
-
16th July 2007 [Monday]
-
Tepat kul 0000 hours, aku dikejutkan sebab transport kami dah sampai. 2 transport katanya sebab bas nak tunggu sampai kul 1.00am ja. Aku naik transport yang pertama, lebih kurang dalam 45-50minit kut kami dah sampai di Masjid yang mula-mula tu. Tak sampai 15minit Pick-up satu lagi dah sampai dah. Dasat betul ni sebab seingat aku la, kami yang gerak dulu. Masa tu aku tak tau lagi sapa yang pandu pick-up yang dasat lagi terer tu hehehe.Dalam bas, aku mengambil peluang membuta Maklumlah esok nak kerje weh.Terasa sekejap dah sampai KL atau adakah aku tak cukup tido Sampai di stesen bas di Dayabumi Masing-masing menunggu pick-up masing-masing Aku tunggu van MAA ler, nak amik kete di MAA disebabkan Ramli duk Puchong, aku hantar ler dia ke rumah. Tapi dia bagi aku duit teksi pula, apalah Ramli ni, org dah kata tak payah bayar. Sampai rumah pukul 4.30am, masuk opis kul 11.30pagi hehehe. Sekian.
Nota: Terima kasih diucapkan buat OGKL serta peserta-peserta kerana pengalaman serta pengajaran yang diberikan. Maaf dipinta sekiranya ada menyinggung sesiapa. Kalau ada fakta-fakta yang tidak betul didalam cerita diatas, harap dapat diperbetulkan.
-
- Cuna -
-

No comments: