Sudah tiga pagi aku asyik terkenangkan muka Rottweiler yang menerkam ke arah aku sabtu lepas, rasa dendam tetap terbuku di dalam hati sesuai dengan sifat pendendam aku. Aku sudah diserang demam dan sakit seluruh badan hingga terpaksa mengambil ubat di Hospital Taman Desa manalah tahu boleh berjumpa dengan Zanariah. Keadaan Naim yang diserang demam juga agak teruk kerana mukanya tidak ubah seperti Apek yang baru pulang menanam tembikai, menurut siasatan dalaman yang dijalankan oleh aku ia semua kerana Fadhli telah membulinya supaya bekerja lebih masa semenjak dua menjak ini. Kuantan Beach Marathon yang akan berlangsung hujung minggu ini ditunda untuk kali kedua selepas Syawal, bengang betul aku dengan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan yang langsung tidak memikirkan betapa banyak masa orang gila macam aku habis untuk merancang tempat tinggal dan pengurusan pengangkutan. Mujur juga aku masih belum mengeluarkan modal lagi untuk semua itu kecuali yuran pendaftaran yang berjumlah RM20.00.
1 comment:
You'd better sue the rottweiler's owner. Obviously u've been suffering a serious trauma because of the attack. Just find a lawyer and he'll do it for you. Usually if you are a pious Muslim and never had a dog at house you can easily win the case.
I've studied the like case- a rottweiler attacked a man while he was jogging- and he won the case!
Post a Comment