Tanpa sebab, sudah dua hari suara-suara kecil itu semakin kuat dalam kepala aku hingga membuatkan aku tidur lewat seperti seorang kaki disko dan bangun awal pagi seperti Mak Angkat yang mahu menyediakan nasi lemak untuk dijual, tetapi tidaklah sampai ia mengganggu selera makan aku. Jika perlu pergi ke bulan atau ke bintang pun aku sanggup lakukan untuk menghilangkan suara-suara kecil itu atau mungkin sudah masanya aku berjumpa doktor pakar agaknya. Lambakan kerja sudah semakin banyak kerana ramai pembesar yang akan ke luar negeri minggu depan ini bermakna semua dokumen perlu disiapkan paling lewat pagi jumaat. Tekanan yang aku alami disebabkan kurang tidur dan demam telah menyebabkan semua kerja dilakukan dengan amat perlahan atau yang lebih tepat bukannya piawai pekerja cemerlang di sini.
1 comment:
I think it's also because of the dog attack! Better do something man..
Post a Comment