Thursday, August 02, 2007

Nani sudahpun berhenti kerja di sini semalam dimana tarikh dia mula bekerja sedikit lewat daripada aku dan sampai sekarang ia masih merahsiakan tempat barunya mungkin di “bintang” agaknya. Secara jujurnya rasa bersyukur pun ada kerana sekurang-kurangnya aku berada di dalam keadaan selamat bila audit dalaman dijalankan tinggal cuma Kak Nizah sahaja yang perlu “diuruskan”. Namun apa yang membuatkan aku seperti kucing kehilangan boyfriend ialah Yana yang berhenti dengan notis 24 jam kerana sebelum itu aku masih lagi berurusan dengannya melalui emel untuk urusan pembayaran kakitangan “part timer”. Ini akan menyukarkan tugas aku di Sungai Buloh, jika Kak Nizah dihantar ke situ pun untuk membantu pun masih menyukarkan hidup aku kerana mana boleh aku bekerja dengan orang yang asyik cuba memberi aku NCR setiap kali mengaudit aku. Pelbagai teori cap ayam yang keluar daripada minda intelektual aku ini kenapa Yana berhenti, seperti tekanan daripada kakitangan yang meminta “bulan” dan “bintang” walaupun sijil SPM pun tidak ada dan banyak sangat bos yang mengarahnya membuat kerja.

2 comments:

Anonymous said...

Baru ura-ura nak declare u free from NCR tahun depan.....tapi come to think of it, back to my motto ----NO NCR, NO GAIN!!!

K.Nizah

Maswafi Abd Samat said...

Ha..ha...

Dulu disebabkan you meng'NCR i, Lisa hand over semua kereta FDHSB ke FGB.

Lepas ni entah apa la pula...

Adalah hampir-hampir mustahil seseorang itu tiada NCR kecuali dia menyorokkan kesalahannya di planet bumi.