Muka aku seperti baru menang Toto RM60.00 kerana menerima jemputan makan malam di Armada hotel dua minggu lagi oleh Hospital Taman Desa. Ini bermakna peluang aku untuk berjumpa Zanariah gadis “Lab Assistant” yang bekerja di situ sangat cerah, secerah kulit kulitnya yang mulus itu. Sewaktu dia mengambil darah untuk tujuan ujian sedikitpun tidak terasa sakit hingga mahu rasanya menginap di situ selamanya. Aku tidak dapat bayangkan jika dia mengurut aku bila menjadi isteri aku, sudah tentu aku dibuang kerja kerana tidak datang kerja. Petang semalam aku berjumpa juga orang yang degil macam aku iaitu Nizam yang tidak peduli sangat dengan pendapat orang lain kerana dia percaya dengan apa yang dia buat. Pelik juga melihat perangainya kerana dia berlari tanpa kasut dan lenggok seperti atlit pejalan kaki, dengan alasan kasut akan membuatkan dia berasa tidak selesa dan yang penting dia lebih laju daripada aku!
No comments:
Post a Comment