Syahril dikalahkan oleh Abang Din dalam permainan karom pusingan pertama semalam dan tentunya Nik Shafini sekarang ini sedang terlonjak kegirangan walaupun dia sendiri kalah. Semenjak ketiadaan Azam Orang Minyak aku rasa jabatan teknologi maklumat agak huru-hara kerana Fadhli pergi mengular seharian semalam dengan alasan menghadiri seminar, padahal baru pukul 4.00 petang dia sudah menghubungi aku daripada rumahnya di Klang mengarahkan aku menutup bilik komputernya. Susah juga aku dibuatnya jika ramai yang menggangu aku kerana tidak tahu menggunakan alat pengimbas HP dan mesin pencetak HP bernilai RM16 ribu tapi cuma boleh mencetak jika menerima arahan untuk sehelai muka surat sahaja jika lebih daripada itu ia akan “merajuk” seperti Nik Shafini. Semalam aku dikejutkan panggilan oleh penganjur Kuantan Beach Marathon yang sepatutnya berlangsung 29 Julai ini ditunda ke 19 Ogos, dan aku boleh menuntut duit aku sebanyak RM20 semula jika mahu tetapi masalahnya aku terpaksa mengeluarkan tambang bas sebanyak RM50 pergi dan balik ke Kuantan untuk mendapatkan wang tersebut!
1 comment:
En.Wafi, saya merayu kepada En.Wafi utk menulis tentang kemenangan saya setelah berhempas pulas 'menyabung nyawa' didalam final carrom menentang pak unggah yang begitu gah. Namun, berkat permainan saya yang hampir mencapai tahap kesempurnaan telah meletakkan saya kehadapan utk merangkul gelaran juara buat kali ke-2 berturut-turut.
Post a Comment