Tuesday, July 29, 2008
Sunday, July 27, 2008
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:08 PM 0 comments
Wednesday, July 23, 2008
Rajan sekali lagi mengajak kami mendaki Nuang namun agak pelik kali ini emelnya mempunyai nama-nama awek yang tiada pernah wujud di alam gunung seperti Lidya dan bermacam nama canggih cuma nama ratu cantik sahaja yang tidak diletakkan di situ jika tidak sudah tentu Azam yang tempang kaki pun akan turut serta. Bila aku cuba “mengayat” awek-awek tersebut aku hanya menerima salam daripada “yahoo mail” mengatakan tiada alamat emel seperti yang aku hantar. Begitulah taktik yang terpaksa digunakan oleh “kaki gunung” untuk memancing rakan mereka sendiri!.
Sham dan kawan-kawan aku akan meredah Taman Rimba Universiti Malaya untuk larian sabtu ini dan aku sekali lagi tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri kursus di sini. Universiti Malaya yang pernah mendapat “title” antara 100 universiti terbaik dunia satu ketika dulu sebenarnya banyak merubah diri aku menjadi berani gagal. Tengku pernah menyoal aku kenapa aku tidak tinggal jauh dari Universiti Malaya walaupun sudah bekerja, mungkin kerana terlalu banyak kenangan pahit di situ.
-
-
-
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:04 PM 0 comments
Monday, July 21, 2008
Pagi ini tepat jam 6.35 pagi Lah mendapat anak perempuan kedua di Bachok, “teammate” aku ini tidak putus-putus senyum menandakan kegembiraannya yang tidak terhingga. Hendak harapkan aku ada anak entah bilala pula, itupun nasib baik juga adalah juga makcik Mah membela anak kucing di kampung boleh juga aku timang-timang dan sesekali aku tempeleng bila ia mencuri ikan. Gembira betul aku kerana ramai yang mendapat mesej yang jelas semasa aku, Lah, Khaira, Yon, Zaida dan Juraida berlakon di hadapan lebih seribu penonton. Inilah kali pertama dalam seumur hidup aku berlakon sebagai watak utama di hadapan lebih seribu penonton dan mendapat tepukan gemuruh kerana berjaya membawa watak budak nakal bersama Lah dalam sketsa Bulan Membaca Kebangsaan. Idea Khaira yang jelas dan “simple” termasuk prop yang menarik memudahkan lakonan disamping kewujudan “narrator” memudahkan kami berlakon tanpa perlu menghafal skrip.
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:35 PM 0 comments
Saturday, July 19, 2008
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:03 PM 0 comments
Thursday, July 17, 2008
Posted by Maswafi Abd Samat at 5:53 PM 2 comments
Tuesday, July 15, 2008
Laporan oleh Biro Perkhemahan dan Gadjet
Kumpulan satu mempunyai kelebihan kerana berjaya membina rak menyimpan barang ini bukanlah bermakna kumpulan lain tidak mampu membinanya tetapi lebih kepada faktor kehabisan buluh yang disediakan, mujur gadjet-gadjet lain mampu menutup kekurangan yang ada. Ini dibuktikan bila kami menerima pujian cemerlang oleh penilai luar yang merupakan penghargaan yang tidak ternilai buat kami. Seharusnya kami mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Shamsudin Sharif dan Encik Tan Kait Keong yang banyak membantu kami dari awal program lagi.
Posted by Maswafi Abd Samat at 10:14 PM 0 comments
Friday, July 11, 2008
-
Lebih baik aku memikirkan RPH yang perlu di reka setiap hari daripada melayan kanak-kanak yang memang nakal itu. Encik Aizul menganggap aku gagal dalam melaksanakan RPH kerana tidak dapat mengawal pelanggan aku yang sungguh nakal itu sewaktu P&P dijalankan. Aku rasa lebih baik gagal sekarang daripada aku gagal semasa penilaian terakhir pada bulan September kerana aku mempunyai masa untuk memperbaiki teknik P&P.
-
Masa agak lama diambil untuk menyiapkan RPS hingga separuh buku rekod aku dihabiskan untuk itu dan semuanya dalam tulisan tangan. Betapa susahnya menjalani praktikal hanya tuhan sahaja yang tahu kerana hampir setiap hari aku tidur pukul 2 pagi membuat BBM dan membuat RPH yang kadang-kala tiada contoh di dalam simpanan. Tekanan itu membuatkan aku kadang-kala menghisap rokok untuk menghilangkan tekanan dan kadang-kala melakukan latihan dengan meneroka tempat baru di sini.
-
Latihan untuk mengambil sijil menyelamat air (bronze medal) sudahpun dimulakan hari ini dengan penyertaan seramai 21 orang dari Raja Melewar. Penilai luar melihat aku masih lagi salah dari soal “stroke” dan hayunan kepala menyebabkan pergerakan aku perlahan dari kelajuan sebenar walaupun aku tiada masalah dengan jarak satu kilometer. Aku berasa bertuah kerana dapat berenang pertama kali di pusat aquatik tempat atlit Negeri Sembilan mengadakan latihan.
Posted by Maswafi Abd Samat at 11:09 PM 3 comments
Sunday, July 06, 2008
Hampir aku tidak mengenali Sampet di Plaza Low Yat semalam sewaktu membeli scanner jenama Lexmax, marah betul dia denganku. Macam mana aku hendak mengenalinya jika wajahnya sudah membesar tiga kali ganda daripada lapan tahun lepas. Banyak perkara yang kami bualkan kenapa aku tidak kahwin, kenapa aku tinggal melidi dan bermacam lagi semuanya tentang aku. Aku sungguh terkejut dan sedih dengan kematian Makmok tiga bulan lepas akibat sakit jantung, walaupun aku secara peribadi tidak menyukainya kerana suka mencari pasal dengan aku.
Posted by Maswafi Abd Samat at 1:59 PM 0 comments
Tuesday, July 01, 2008
Posted by Maswafi Abd Samat at 1:30 PM 0 comments