Pagi ini aku memulakan tugas aku di Sungai Gadut untuk selama tiga bulan, keadaan sangat huru-hara kerana aku tiada perancangan yang rapi dan ABM untuk memudahkan kerja aku. Malang sungguh nasib aku dan Lah kerana terlewat ke sesi pengenalan semalam kerana Panther aku kehabisan minyak di Paroi hingga memaksa aku mentulikan telinga mendengar perlian bos. Manakala hari ini sewaktu perjalanan pulang aku terpaksa sedikit menapak kerana tayar motor EX5 kepunyaan Lah pula yang pancit. Mungkin hari ini adalah hari yang paling rahmat kepada Zafrul kerana kembali ke pangkuan Propel setelah lama “bertapa” di rumah, panjang rupanya rezekinya dengan syarikat lamanya. Kerana setahu aku kalau aku yang berada di tempatnya membuat “comeback” mungkin cuma dapat menjadi tukang bancuh teh di “pantry” ataupun paling tinggi pun Pantry Manager.
No comments:
Post a Comment