Pertanyaan siapakah nama ustaz? atau jeritan kanak dari dalam kereta dan tepi jalan kepada aku membuatkan aku tertanya-tanya kenapa kanak-kanak di Sungai Gadut menganggap aku sedemikian rupa, hendak kata muka rupa aku serupa bilal pun tiada apatah lagi rupa seorang ustaz. Tambahan pula aku sentiasa memakai baju ‘T’ maron, oren, biru muda dan hijau pucuk pisang bernombor tujuh menaiki “Panther” ke tempat kerja, rasanya kalau dinilai muka aku lebih kepada Pakistan menjual karpet.
-
Lebih baik aku memikirkan RPH yang perlu di reka setiap hari daripada melayan kanak-kanak yang memang nakal itu. Encik Aizul menganggap aku gagal dalam melaksanakan RPH kerana tidak dapat mengawal pelanggan aku yang sungguh nakal itu sewaktu P&P dijalankan. Aku rasa lebih baik gagal sekarang daripada aku gagal semasa penilaian terakhir pada bulan September kerana aku mempunyai masa untuk memperbaiki teknik P&P.
-
Masa agak lama diambil untuk menyiapkan RPS hingga separuh buku rekod aku dihabiskan untuk itu dan semuanya dalam tulisan tangan. Betapa susahnya menjalani praktikal hanya tuhan sahaja yang tahu kerana hampir setiap hari aku tidur pukul 2 pagi membuat BBM dan membuat RPH yang kadang-kala tiada contoh di dalam simpanan. Tekanan itu membuatkan aku kadang-kala menghisap rokok untuk menghilangkan tekanan dan kadang-kala melakukan latihan dengan meneroka tempat baru di sini.
-
Latihan untuk mengambil sijil menyelamat air (bronze medal) sudahpun dimulakan hari ini dengan penyertaan seramai 21 orang dari Raja Melewar. Penilai luar melihat aku masih lagi salah dari soal “stroke” dan hayunan kepala menyebabkan pergerakan aku perlahan dari kelajuan sebenar walaupun aku tiada masalah dengan jarak satu kilometer. Aku berasa bertuah kerana dapat berenang pertama kali di pusat aquatik tempat atlit Negeri Sembilan mengadakan latihan.

3 comments:
Manalah tahu, insyaAllah ada keberkatannya dipanggil Ustaz.
Eh! amendanya RPH, P&P + RPS tu??
tak faham le plak...
Rahsia pekerjaan baru.
Kalau bagitau kantoi la...
salam perkenalan,
Meskipun tak pernah menyapa tapi saya sering melawat ke sini. Tapi sukar nak memahami apa kerjaya tuan sebenarnya.
Tetapi bila terpandang singkatan RPH, P&P dan RPS saya rasa tuan sudah masuk ke alam pendidikan. Walaupun saya tidak tahu tuan dalam instusi mana...
Semoga berjaya...
Post a Comment