Tuesday, July 15, 2008

Laporan oleh Biro Perkhemahan dan Gadjet


23 Jun 2008, pagi yang dinanti kunjung tiba maka persediaan yang sudah berlangsung selama lebih tiga bulan akan teruji selama lima hari empat malam di Pasir Bogak Pulau Pangkor. Kami tiba di Pasir Bogak lebih kurang jam 2.30 petang dan mula memasang khemah tidur dan khemah utama seperti yang dirancang. Terdapat beberapa masalah dalam pemasangan khemah kerana keadaan fizikal tapak perkhemahan seperti pokok yang tidak membenarkan kami memenuhi kawasan perkhemahan dengan lapan buah khemah tidur.
-
Keputusan diambil untuk memasang empat khemah besar dan dua khemah kecil merubah pelan atur awal seperti yang dirancang, namun ia tidaklah mencacatkan suasana kerana di atur dengan rapi. Faktor angin yang kuat kadang-kala merencatkan aktiviti lain kerana terpaksa beberapa kali membetulkan khemah utama dan kami bernasib baik sewaktu penilaian tiada angin yang kuat seperti hari-hari sebelumnya.Dari segi penyediaan gadjet persediaan telah dilakukan sejak awal bulan lima dengan melakukan latihan di padang Seremban dan kami bernasib baik kerana minggu sebelum Pendidikan Luar kami semua menjalani perkhemahan beruniform yang menunjuk kami membuat gadjet asas. Penyediaan gadjet asas iaitu meja makan, rak kasut, ampaian dan dapur dapat dilaksanakan dengan jayanya disamping gadjet umum seperti pintu gerbang, pagar dan papan kenyataan. Juga setiap kumpulan berjaya member nilai tambah kepada setiap kawasan mereka dengan menyiapkan rak menyimpan menyimpan makanan, tempat menyimpan peralatan, sinki, pintu gerbang dan pagar.

Kumpulan satu mempunyai kelebihan kerana berjaya membina rak menyimpan barang ini bukanlah bermakna kumpulan lain tidak mampu membinanya tetapi lebih kepada faktor kehabisan buluh yang disediakan, mujur gadjet-gadjet lain mampu menutup kekurangan yang ada. Ini dibuktikan bila kami menerima pujian cemerlang oleh penilai luar yang merupakan penghargaan yang tidak ternilai buat kami. Seharusnya kami mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Shamsudin Sharif dan Encik Tan Kait Keong yang banyak membantu kami dari awal program lagi.






No comments: