Tubuh aku sudahpun stabil seperti biasa tetapi aku diserang pula penyakit kedua tersakit selepas mati iaitu sakit gigi semasa mendengar semasa khutbah jumaat di surau diri jumaat di perkarangan sekolah STPM terbaik di Malaysia. Maka aku terpaksa melupakan kelas renang kerana terpaksa mencari klinik pergigian di Paroi, agak sukar mencari klinik pergigian swasta di sini mungkin kerana klinik kesihatan di sini sangat cemerlang kerana semasa aku sampai masa menunggu sangat pendek tidak sampai 30 minit semuanya selesai!. Mungkin ia patut dijadikan contoh kepada klinik kerajaan di tempat lain bahawa selain daripada mereka menghabiskan wang pembayar cukai seperti aku setiap bulan, mereka mampu memberikan layanan kelas pertama. Hingga sekarang aku masih belum dapat menjamah nasi, aku bernasib baik kerana terdapat kedai makan di Ampangan yang menjual bubur nasi walaupun tidak sehebat di kampung baru jika tidak terpaksalah aku menghadap roti Gardenia bersama kaya pandan untuk hari yang ketiga.
No comments:
Post a Comment