Entah kenapa kepala aku berpusing-pusing seperti baru lepas di tempeleng oleh Pak Rahim selepas menjamah buah rambutan pemberian Haji Isahak tadi. Mungkin pengisian “7 up Revive” ke dalam badan aku masih belum mencukupi untuk menampung garam galian yang habis selepas mengadakan latihan. Sudah lama aku tidak mengalami kekejangan “hamstrings” dan itulah yang berlaku di hadapan papan tanda Jalan Dato’ Siamang Gagap, berkerut-kerut dan terduduklah jugalah aku menahan kesakitan. Zahir menasihatkan aku supaya berhenti sahaja mengadakan latihan kerana membahayakan kesihatan, bila difikirkan semula jika aku mendengar nasihatnya maknanya di setiap hujung minggu aku cuma akan berenang di atas katil dan membesarkan perut aku yang sudah boroi ini di Ampangan seperti dirinya.
-
Pagi ini tepat jam 6.35 pagi Lah mendapat anak perempuan kedua di Bachok, “teammate” aku ini tidak putus-putus senyum menandakan kegembiraannya yang tidak terhingga. Hendak harapkan aku ada anak entah bilala pula, itupun nasib baik juga adalah juga makcik Mah membela anak kucing di kampung boleh juga aku timang-timang dan sesekali aku tempeleng bila ia mencuri ikan. Gembira betul aku kerana ramai yang mendapat mesej yang jelas semasa aku, Lah, Khaira, Yon, Zaida dan Juraida berlakon di hadapan lebih seribu penonton. Inilah kali pertama dalam seumur hidup aku berlakon sebagai watak utama di hadapan lebih seribu penonton dan mendapat tepukan gemuruh kerana berjaya membawa watak budak nakal bersama Lah dalam sketsa Bulan Membaca Kebangsaan. Idea Khaira yang jelas dan “simple” termasuk prop yang menarik memudahkan lakonan disamping kewujudan “narrator” memudahkan kami berlakon tanpa perlu menghafal skrip.

No comments:
Post a Comment