Sunday, July 06, 2008

Pagi yang indah hari ini untuk latihan dan lebih indah lagi untuk pertama kalinya aku memasuki pertandingan untuk jarak 5km anjuran Persatuan Warga Emas Negeri Sembilan. Terkejut juga apabila simpang empat berhapiran Kolej Tuanku Kursiah dipenuhi ratusan pelari menuju kearah Seremban dan seperti biasa aku mengambil peluang menjadi pelari hantu dan berjaya mmenamatkan perlumbaan bersama dengan Punitha yang menduduki tempat ketiga bagi acara wanita.
-
Hampir aku tidak mengenali Sampet di Plaza Low Yat semalam sewaktu membeli scanner jenama Lexmax, marah betul dia denganku. Macam mana aku hendak mengenalinya jika wajahnya sudah membesar tiga kali ganda daripada lapan tahun lepas. Banyak perkara yang kami bualkan kenapa aku tidak kahwin, kenapa aku tinggal melidi dan bermacam lagi semuanya tentang aku. Aku sungguh terkejut dan sedih dengan kematian Makmok tiga bulan lepas akibat sakit jantung, walaupun aku secara peribadi tidak menyukainya kerana suka mencari pasal dengan aku.
-
Terutamanya bila dia melihat aku menjadi “sparring partner” dengan Sarah yang sudahpun menjadi doktor sekarang ini. Memang aku benar-benar mempunyai “chemistry” jika belajar buah pukul mersing dengannya hingga pernah Abang Ngah menegur aku supaya melihat Sarah sebagai seorang perempuan bila berlatih kerana pernah juga ia menangis terkena penumbuk aku. Jahat aku sahaja yang mereka nampak, bila Sarah membalas dendam hingga mencucuk mata aku dengan jarinya dan beberapa kali menendang bahagian sulit tidak pula menjadi isu.
-
Kempunan jugalah Makmok hendak mengurat Sarah kerana setahu aku sesiapa yang hendak menguratnya perlulah berlawan dengannya dahulu, kerana setahu aku hanya aku dan Amin sahaja yang berani berlawan dengannya walaupun belum tentu menang. Kerana rapatnya aku dan Sarah menyebabkan hubungan aku dan Wati pernah rengggang suatu waktu dahulu dan yang peliknya bila aku berpisah dengan Wati tiada siapapun yang menjadi orang ketiga!.

No comments: