Sudah masuk hari ketiga aku menahan diri daripada memakan nasi kerana gigi geraham bongsu aku yang bermasalah. Persetankan sahaja dengan hal-hal yang berkaitan dengan geraham bongsu yang tiada kesudahan melainkan dicabut sahaja, yang penting aku sudah mulai mendapat rentak latihan renang yang diajar. Untuk 1.6km dalam masa sejam dikira sangat baik berbanding dahulu kerana mennggunakan teknik yang baru diajar dan dapat melakukan renangan 2 km dalam masa 1 jam 15 minit menunjukkan bahawa jantung aku ini dicipta untuk sukan jarak jauh. Aku selalu mengalami kekejangan kaki dan terasa mahu muntah kerana air kolam yang sangat sejuk. Azam sudahpun menerima surat daripada pengarah menandakan khidmatnya tamat serta-merta sesuatu yang jarang berlaku di Malaysia, secara peribadi ini semua adalah salah diri sendiri yang tidak bersyukur dengan apa yang ada sebaliknya suka melihat apa yang tidak ada.
No comments:
Post a Comment