Agak terusik
Ketidaksanggupan aku menyertai Rat Race 2006 adalah dasar aku tidak pernah lari tikus seumur hidup telah mengundang kutukan daripada Az yang baru sahaja melahirkan anak kedua itu. Rasanya bukan sekali dia mengkeronyok aku selepas menunaikan cuti bersalin tetapi banyak kali walaupun tanpa diminta, mungkin kerana sifat lelaki Taurus yang mudah jatuh cinta membuatkan aku cepat terasa dengan kata-kata Az. Katanya mungkin aku mempunyai banyak medal di rumah hingga boleh merobohkan almari namun teman hidup yang seorangpun gagal diperolehi betul-betul mengusik hati aku. Dengan pertolongan Encik Syahril yang kuat mengampu itu saya telah pun mencipta dalil yang sesuai untuk kutukan daripada Az itu dengan meminjam kata-kata artis yang tidak laku albumnya iaitu saya buat memasuki pertandingan adalah kerana diri sendiri bukan kerana sesiapa.
No comments:
Post a Comment