Mohon diampun
Rasanya sudah seminggu Puan Nik Shafini tidak mahu bercakap-cakap dengan saya angkara onar rencana “Sirih pulang ke Tepak” minggu lepas. Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf di atas rencana tersebut walaupun ia sebenarnya luahan secara jujur tanpa pengaruh sesiapapun. Tetapi saya amat-amat bermohon supaya rencana itu tidak ditarik balik untuk mengekalkan keaslian perjalanan cerita blogspot ini. Saya menganggap kesalahan yang telah saya lakukan adalah pengajaran yang amat berguna bagi diri saya.
No comments:
Post a Comment