Thursday, August 03, 2006

Benih yang bercambah

Hari ini terasa sibuk sangat kerana terpaksa mengqada’ satu hari bekerja kerana mengambil cuti sakit semalam. Sudah dinujum bahawa aku akan ditimpa kegeringan kerana tidak tahan cuaca angin panas laut Pulau Mutiara, sudahlah diberi ubat yang begitu banyak oleh Doktor Benette diberi juga suntikan kerana kenakalan mulut aku menyakatnya dengan mengatakan aku lebih rela disuntik daripada makan ubat, baru padan muka aku!. Benih yang ditabur nampaknya baru mula nak bercambah bila Filla gadis Kelantan yang bekerja di Kelana Jaya telah mengirim utusan berbaur nasihat ke talian bimbit aku pada jam 8.19 malam semalam walaupun aku tidak pernah menghantar apa-apa utusan kepadanya sebelum ini apatah lagi menghubunginya. Aku yang terkejut dengan utusan tersebut hanya mambalas ikon senyuman sebagai ucapan terima kasih. Sedang aku meyantap sup sayur bersama Mat Khairi di kedai Mek Kelantan Pantai Dalam sekali lagi menerima utusan pada pukul 10.37 malam tetapi daripada orang lain yang mengucapkan salam, terus aku menghubunginya untuk mengenali lebih lanjut. Dia mengenalkan diri sebagai Rodziah gadis Sarawak anak buah Mummy Daisy yang bekerja sebagai jururawat di Taman Desa Medical Centre. Kenapalah sampai dua wanita memberi tindak balas pada suatu masa takutnya nanti “yang dikejar entah kemana, yang dikendung berciciran” melepas lagi la jawabnya.

3 comments:

Anonymous said...

Ngko nih cepat sangat takutnya, rilek ah,slow n steady, yg penting dua2 ko layan,semestinya bukan dua2 tuh jodoh ko, kalau x try mcmana ko nak tau yg mana satu,kalau x jd jgk anggaplah ko x ketemu jodoh lg,jgn cepat sgt mengalah,aku akan sentiasa menyokong ko dari belakang,dun give up ok!!!!

Anonymous said...

Oh ya, lg satu lupe nak cakap,kalau dah mek kelate tu bg respon jgnla jual mahal pulak,tunjuklah yg ko pun berminat jugak,apa la ko nih,tu pun kena ajar...

Anonymous said...

Tulah dianya. Orang bagi nasihat panjang2 jawab ikon senyum saja ke? Tawar hati orang nanti nak bersms lagi. Nanti dia ingat awak tak berapa sudi nak berkawan dgn dia pulak...

Jgn jual mahal sangat... :D