Farah nama diberi ialah gadis yang asyik mengekori aku selama 54 minit untuk Larian MPAJ semalam yang akhirnya memberi tuah kepadanya untuk mendapat tempat ke 17 jauh lebih baik daripada aku yang entah keberapa ratus ataupun Firdaus sendiri yang cuma meraih nombor 69. Rasanya terdapat kimia antara aku dengan gadis yang seorang ini kerana kami boleh “berdua-duan” daripada garisan permulaan hingga ke penamat, mungkin selepas ini aku tidak perlukan Zafrul, Firdaus, Yazid ataupun sesiapa sahaja untuk menemaniku melakukan senaman regangan sebelum larian kerana telah ada “intan” yang didambakan. Gadis yang tinggal di Cheras ini berjanji kalau ada rezeki kami akan berjumpa di Shah Alam pada 17 September yang akan datang, iaitu hari yang sama pada hari kejadian Encik Nadzri 33 tahun yang lalu. Rasanya sudah lebih tiga hari berturut-turut Tun Mahathir dikeronyok media tajaan Khairy Jamaluddin, bila difikirkan kembali kenapalah barisan kabinet XXL Pak Lah begitu gerun dengan Tun Mahathir seorang dan tua bangka itu!.
No comments:
Post a Comment