Thursday, August 17, 2006

Jawapan Saya

Tidak disangka pula hari ini saya dikeronyok oleh seorang yang tidak dikenali melalui pendapatnya yang agak menyeluruh dan konstruktif untuk rencana “Ke mulut Naga”. Rasanya biarlah saya tidak mengenali “think thank” yang baru ini untuk mendapatkan “mood” yang baru. Rasanya semua luahannya tidak dapat dipatahkan kerana ternyata benar sama sekali. Saya cuma akan menjelaskan beberapa perkara yang tidak begitu difahami oleh yang tidak dikenali dan juga mungkin oleh pembaca yang lain. Maksud “mesra bos” dan boleh mengundang rasa rendah rendah diri di kalangan golongan marhaen boleh dilihat dalam penganjuran majlis makan malam itu sendiri. Rasanya tidak akan terkebelakang tamadun kita kalau kita jika melakukan sedikit perubahan iaitu mencampurkan kedudukan meja “VIP” dengan marhaen. Berbanding dengan apa yang dilakukan sekarang yang kononnya mengikut nilai norma iaitu mengasingkan meja "VIP" dengan marhaen yang sudahnya mengundang rasa rendah diri dikalangan marhaen walaupun kononnya diraikan. Secara tidak rasmi saya telahpun menjalankan tinjauan rambang di akar umbi secara perbualan langsung, ada yang berpendapat kita sepatutnya hanya mengambil satu atau dua hari untuk semua program ini kerana semuanya mempunyai urusan lain selain daripada bersukan kecuali Encik Azam, Encik Fadhli, Encik Syahril, Encik Firdaus, Encik Haparizan, Encik Ramli dan diri saya sendiri. Isu imbuhan yang agak sedikit kerana kurangnya pendapatan syarikat berbanding tahun-tahun yang lepas juga sedikit sebanyak menyumbang ke arah kurangnya penyertaan.

2 comments:

Anonymous said...

Izinkan saya memberi lagi sedikit pendapat. Majlis makan malam mungkin terpaksa mengikut protokol sbb kita menjemput bosses dari syarikat2 yg lain. Jadi sebagai host kita kena menjaga protokol sebagai tanda menghormati jemputan2 khas.

Bagaimana pun untuk aktiviti internal gathering yg lain spt quaretly briefing cthnya, mmg boleh di atur setiap meja di campurkan antara bosses & staf biasa. Mmg benda ni pernah di buat tp bila di panggil staf2 untuk ke depan duduk sama2 dgn bosses, cuba lihat reaksi staf. Masing2 terpaku di meja masing2 tak mahu berganjak hingga MC terpaksa berkali2 meminta kerjasama. Lebih memalukan bila bosses sendiri telah duduk dan merasakan tidak ada staf yg sudi duduk dgn mereka. Jadi untuk tidak memanjangkan majlis dan "to avoid further embarassment", maka golongan tengah akan memenuhi meja bersama2 bosses secara paksa rela bila dipanggil oleh MC untuk memenuhi kekosongan.

Kalau nak dibuat betul2 boleh saja allocate staf2 yg kena duduk dgn bosses mengikut giliran. Suruh mereka duduk sebelum bosses ambil tempat. Kalau staf2 yg tak nak atas apa alasan sekali pun, itu bermakna mereka sendiri yg merendahkan diri mereka. Kalau mereka berkehendakkan sedemikian rupa untuk selamanya pun, bukan orang lain yg rugi kan?

Menulis pun bukan kerana memandai. Bolehlah di katakan "I've done that, been there" bukan sekadar menulis (maaf ya "berkongsi" bukan "menghentam") tanpa pernah melaluinya sendiri.

Let me share with you. An "A" staff is someone who follow orders perfectly & excute brilliantly. Hardworking & with all the good intention. Sincere in his intents. An "A plus" staff is someone who is all the above but in addition, someone who looks beyond every facade and will try to bring (not "do" but "bring") out the best in every situation by always having critical analysis on each given task.

Panjang lah pulak mcm ni blog saya. Sorry for the invasion I am sincere in my intent. :)

P/s - its best if you never try to find out my identity so that perhaps I can share much more (by giving a different perspective) in whatever situation that you care to post in your blog. But if you do not want me to comment in anything, you can always tell me to "get ... whatever"