Menyesal tiada gunanya...
Kedegilan aku melakukan latihan di tahap gaban akhirnya mengundang petaka, besok sah aku akan dimasukkan ke Pusat Perubatan Taman Desa kerana kegagalan kaki kanan aku untuk berfungsi sepenuhnya hingga boleh menyebabkan kecacatan kekal. Menyesal sudah tiada gunanya walaupun pelbagai nasihat telah diberikan oleh Aida, Tengku dan Puan Nik Shafini mengenai latihan yang dilakukan. Hidup mesti diteruskan, janganlah ada yang lara kerana peristiwa ini kerana hidup saya pasti dikelilingi oleh bidadari-bidadari paling kurang untuk sehari bermula esok. Janganlah dibawa saya bunga-bungaan tetapi jika buah anggur sangatlah digalakkan dan mungkin bersama sedikit buah lai.
No comments:
Post a Comment