Awal-awal pagi lagi Firdaus telah menghubungi memberi soalan saguhati kenapa mengabaikan Larian MPAJ yang akan berlangsung Ahad ini, entah kenapa aku boleh terlepas pandang atau buat-buat tidak pandang kerana terlampau sibuk sekarang ini tambahan pula dengan proses temuduga yang akan berlangsung hari ini. Sudah murka rupanya Nik Shafini kerana rencana saya “Sirih pulang ke tepak” yang lepas. Jelas sekali dia menolak sekeras-kerasnya semua dalil yang dikemukakan oleh saya dan mengancam jika diberi peluang bermaustatin di sebuah Negara Antah Berantah yang tiada peraturan dia akan mengerat 18 badan saya seperti yang dilakukan oleh bomoh Mona Fandey. Semalam dua kali aku dikejutkan oleh Makcik Janda 6 siri yang berdagang nasi lemak yang memerhatikan aku semasa aku memerhatikan wanita-wanita idaman di Vista Angkasa, maka tazkirah ringkas pun dilangsungkan di parkir motor sebanyak dua kali iaitu sebelum pergi bekerja dan pulang daripada kerja.
No comments:
Post a Comment