Anjuran: OGKL Laporan: Faizal `Nie Feng`
-
13 July 2007
-
Hari ni sepatutnya aku rushing balik tapi aku lenggang kankung lagi di pejabat sebab barang-barang sudah pun siap aku pack sejak semalam lagi. Petang tu balik saja terus aku bersiap-siap, mandi pun awal sikit. Lepas Magrib terus minta isteri aku hantar ke komuter Shah Alam. Jijan yang janji nak pergi sama dengan aku pun sama ada kat sana tengah beli tiket. Kami kemudian naik komuter ke Stesen KL kira-kira jam 8.30 mlm. Tiba di Stesen KL lebih kurang 9.00 mlm. Dua kawan aku Wafi dan Zafrul rupanya sudah berada di Restoren Teratai. Semasa kami tiba sudah ramai yg ada, namun aku belum pasti yang mana akan ikut kami kali ini. Selepas bertegur sapa aku kemudian melayan dua kawan aku itu. Setelah semua sampai, kami diberi sedikit taklimat oleh Deeno selaku Pak Presiden dan dengan kekuatan seramai 39 orang diketuai oleh Che Din kami bergerak ke Pekan Bidor dengan bas kira-kira jam 11.00 malam.
-
14 July 2007, Hari Malang sedunia.
-
Sampai di KFC pekan Bidor kira-kira jam 1.00 pagi. Najib, Pak sedara Jijan yang sampai lebih awal dari kami (tiba 10.00 mlm bertolak dari lumut jam 8.00 malam) duduk di Caltex sebab tak tahu nak duduk di mana hehehehe. Kami kemudian bergerak sedikit ke Masjid sebelah KFC sementara menunggu 4WD yang akan mengambil kami ke Pos Gedong. 4WD kami tiba kira-kira jam 1.15 pagi. Selepas membuat police report kami kemudian bergilir-gilir tunggu giliran untuk ke Pos Gedong. 4WD sebuah orang dekat 40, mahu 4 trip hari ni. Mula aku tak mahulah berebut-rebut nak masuk 4WD awal-awal rilek la sekejap di masjid. Tapi tiba-tiba dengar ada kekosongan lagi aku terus menawarkan diri aku untuk naik dulu, Sampai awal boleh tidur lama sikit. Kami kemudian bergerak meninggalkan masjid menuju Pos Gedong. Aku yang dduuk di bahagian belakang ni tak tahu apa yang berlaku dihadapan, yang aku tahu entah berapa kali kami berhenti, pusing balik, naik bukit turun bukit, keluar jalan tar balik, lepas itu dengar driver telefon. Aku rasa memang sah kami sesat!!!!. Bau diesel dan getah disekeliling kami membuatkan aku rasa mual. Tak lama kemudian Baby tepi sikit aku nak muntah weeekkkkk. Huh lega. Setelah berjam-jam sesat akhirnya kami menemui satu perkampungan org asli, tapi aku tak tahu pula ni Pos Gedung ke Pos apa. Apapun 4WD yang bawa kami terus membawa melalui tepi sebuah sekolah sebelum belok ke kanan untuk membawa kami kedalam lagi.
-
Sebelum meneruskan perjalanan kami jumpa satu pondok. Ada orang dalam tu, "Pos Gedong" tanya driver kami. "Dalam lagi" jawab dia. Jauhnya aku rasa Pos Gedong ni, katanya sejam aja dari pekan Bidor. Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Perut aku pula makin lama makin meragam aduhhhhhhh. Selepas melintas dua batang sungai 4WD kami berhenti. Aku pun mengambil kesempatan ini utk melepaskan hajat aku. Berpandukan headlamp Azizan dan botol air mineral aku mencari lokasi yang sesuai, lepas tu legaaa hahahaha. Berhampiran tempat kami berhenti tu aku dengar bunyi sungai dekat sangat. Oleh kerana malam + pewai naik 4WD aku tak beranilah nak jalan jauh. Dipendekkan cerita, setelah berbincang, kami setuju untuk berpatah balik menuju ke sekolah yang mula-mula kami jumpa. (sebab kebanyakan log kami baca, pendaki tidur di sekolah Pos Gedong sebelum mendaki Gunung Bah Gading, Cuma kami tak tahu sekolah apa yang kami jumpa tadi) perjalanan diteruskan, jam 4 pagi kami sampai ke sekolah itu. Mula-mula aku sampai, aku suluh nama sekolah itu, Sekolah Kebangsaan Pos Senta. Eh ni bukan Pos Gedong kata hatiku. Apapun disebabkan pewai+ mengantuk aku pun tidur dibahagian luar sekolah tersebut.
-
Aku tersedar bila kawan aku, Wafi kejutkan aku untuk solat subuh. Jam 6.30 pagi, adess malasnya. Tapi disebabkan dah terjaga aku rasa baik aku bangun la. Kami ambik air sembahyang di tandas. Paip ada satu sahaja kat luar. Lepas ambik air sembahyang, Abg Fahmi tegur aku "Eh Spek kau tu", aku cuba mencari, Praapppp. Adesss patah spek aku, apalah malang nasib hari ni hahahahah.Naisb aku masih baik kerana spek tersebut tu masih boleh aku pakai dengan mengunakan sebelah bingkai aja, Sebelah lagi patah aku masuk dalam poket. Senget sikit tak apalah aku cuba betulkan dengan topi yang aku pakai. Setelah solat subuh kami siapkan diri untuk trekking dan sarapan. Sarapan hari ni roti arab dengan gulai, woo best woo ingat nak tambah tapi kena warning la puila sob sob.Nina si Makcik Kantin sibuk wat bihun goreng untuk makanan tengahari kami. Ketika kami membuat pembahagian ration, Budak-budak sekolah mula masuk sekolah, Para paparazzi sibuk duk ambik gambar ayam la budak sekolah la hahahahaha.
-
Jam 8.30 pagi kami bertolak selepas taklimat dari ketua ekpedesi dan senaman dari Pakli, meneruskan perjalanan kami ke Pos Gedong yang mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai. Kami meninggalkan Pos Senta dgn lampaian dari murid2 sekolah dari dlm kelas masing-masing. Perjalanan ke Pos Gedong melalui jalan yang sama 4WD kami lalui semalam. Cuma aku tak tahu pula di mana tamatnya jalan tersebut. Diperteghan jalan sempat jugalah kami ditegur oleh cikgu-cikgu (pada sangkaan kami) yang menuju ke Pos Gedong menggunkan motosikal. Jauh woo 3 jam ada la mental-mental hahahahah. Aku berjalan bersama2 Dr M, dan Zafrul. Wafi yan mula-mula bersama telah menuju kedepan. Dalam perjalanan tu sempat juga aku buat lawak nak tunjukkan tempat aku melepaskan hajat semalam hahahahahah. Setelah 2 jam berjalan. Kami jumpa 1st group sedang berehat. Santai juga, take 5 budak-budak ni hahahahha. Kami kemudian meneruskan perjalanan melepasi sungai (sungai sebelum kami U-turn malam tadi). Oleh kerana terdapat simpang kami tak tahu mana satu arah Pos Gedung. Ditepi sungai terdapat satu pondok.
-
Disini kami melepaskan lelah kami sementara Amad mencari jalan ke Pos Gedong. Kemudian berpandukan petunjuk oleh seorang budak Orang Asli (yang diberi rasuah oleh Amad), kami mengikut jalan sebelah kiri selepas sungai ke 3, melalui satu perkampungan sebelum melintas sengai dan seterusnya tiba di sekolah kebangsaan Pos Gedung. Fuh lega rasanya, kami tiba dalam jam 11.00 pagi, setelah 2 ½ jam menapak huhuhuhu. Cikgu-cikgu yang kami temui ditengah jalan tadi menyambut kedatangan kami. Sebelah sekolah terdapat padang yg luas. Aku terfikir tadi kalaulah 4WD tu lajak sikit lagi malam tadi, bolehlah tidur atas padang yang empuk ini. (tak guna ingat yg lps). Amad pergi cari guide sementara kami duk berehat.Amad kemudian datang dan beritahu guide datang lambat sikit, jadi kami membuat keputusan untuk makan tengahari dulu. Aku dan Abg Apip ke sekolah untuk mengambil air minuman. Selepas makan kami dimaklumkan untuk menyediakan air minum lebih sedikit kerana kami bakal mengunakan jalan balak nanti. Dalam jam 1.00 kami bersiap-siap untuk pergi mendaki. Kali ini kami diketuai oleh guide Orang Asli (apa nama dia daaa Bogey) dan Nina dari OGKL.
-
Perjalanan dimulakan melalui kwasan rumah Org Asli. Tiba di tengah jalan, kami ditegur oleh penduduk disitu. Tah apa dicakapkan dengan guide kami tapi dari butir tu aku tahu la dia sedang bagitau kami nak ke Bah Gading. Dia nasihatkan kami menggunakan jalan sungai, lebih teduh, jalan balak panas, dah huru hara dah guide kami. Dia tanya kami pula nak guna jalan mana. Masa tu Che Din dan Abg Fahmi dah ada dengan kami. Setelah dipersetujui kami membuat keputusan untuk ikut jalan sungai. Jalan kami menyusuri kebun durian sebelum kami melalui sungai pertama uh uh uh.Sebanarnya aku pun tak tahu berapa banyak sungai yang kami lalu, tapi aku rasa dalam 16 batang sungai besar dan kecil kami lintas. Kawasan berbatu yang licin serta kawasan curam yang kami lalui menyebabkan kami terpaksa 200% berhati-hati. Apapun ada diantara kami yang jatuh juga dalam berhati-hati. Syukurlah tiada apa-apa kecederaan serius yang kami alami sepanjang trekking menggunakan jalan sungai ini. Kami berehat dua kali sepanjang trek ni, termasuklah satu kawasan air terjun yg boleh dikira cantik jugalah. Dan kedua adalah sungai kedua terakhir sebelum kami jumpa jalan balak.
-
Boleh dikatakan lama jugalah kami berehat disini sambil menunggu kawan-kawan yang belakang sampai. Kawasan sungai tersebut agak sempit untuk menampung kami yang semakin lama semakin ramai sampai. Setelah berbincang dengan Abg Fahmi, kami membuat keputusan untuk menunggu diatas jalan balak yang pada kami sepatutnya lebih luas dari kawasan sungai ini. Menurut guide dari sungai itu ke trek balak mengambil masa lebih kurang 1 jam. Trek selepas sungai ini adalah menaik tapi masih boleh diterima akal hahaha. Sebelum kami melintas sungai terakhir untuk sampai ke trek balak.Trek balak ni dah tumbuh lalang dah, tinggal sikit ajalah, mungkin sebab Orang Asli selalu guna naik moto untuk ke kebun mereka. Tapi still lapang lagi la. Sekali lagi kami berhenti menunggu orang belakang. Jam masa tu menunjukkan jam 3.30 petang. Aku mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan guide masa ni.Sambil tanya berapa jauh lagi kem site kami ni. Jauh katanya Jauh katanya, lagi 4 jam sampai la. Menurutnya last group yang besar macam kami ni masuk Bah Gading adalah 1 ½ tahun yang lepas. Selepas Abg Fahmi datang, kami kemudian bergerak dan membiarkan Abg Fahmi menunggu orang dari belakang.
-
Dari Trek sungai jalan yang kami ambil adalah sebelah kiri, walaupun jln sebelah kanan tu nampak menaik. Kami bergerak menuruni bukit dalam 5 minit sebelum ambil simpang kanan untuk menaik dan berjalan melalui jalan balak sehingga tiba di last water point dalam jam 5.30 petang. Disini kami mengambil kesempatan untuk solat dan isi air untuk kegunaan dapur dan kami pada mlm nanti. Jam6.00 petang kami bertolak menuju ke kem site kami. Wafi kawan aku pun membuat keputusan untuk menunggu kawan dibelakang bersama-sama Abg Fahmi. (Wafi aku tahu kau nak test headlamp kau) Trek disebelah menaik disebelah kanan sungai. Kesan hakisan pada jalan balk disini cukup ketara. Diatas permukaan yang keras masih lagi kukuh disitu tapi yang lembut telahmembentuk satu langkong yang besar. Jalannya yang berbatu-baru agak menyakitkan kaki aku yang memakai kasut tapak nipis ni huhhuhu. Disetengah trek disini melalui kawasan curam yang memang kena Xtra hati-hati, kalau kawasan sungai tadi, kawasan curamnya masih nampak dasarnya, tapi disini gaung yang kami sendiri tak tahu dimana akhirnya. Perjalanan aku kemudian dihentikan oleh lambaian Abg Apip dan rakan-rakan lain yang berada didepan.
-
Hah dah sampai ke? Macam tak percaya aja aku sebab masing- masing belum tanggal beg pun. Rupanya mereka tunggu guide pergi cari jalan disebbkan hakisan dan jalan dah tertutup jadi, jalan lama sudah tak ditemui. Lama jugalah kami berada disini, Aku sendiri dalam 30 minit la (yg depan lagi lama la) seblm guide datang dan memberitahu jalan dah ditemui.Sebelum sampai ke trek tersebut kami terpaksa melompat satu longkang (terjadi akibat hakisan) seblm naik sedikit. Kami kemudian dihidangkan dengan trek kecil (muat2 kaki kami aje Disebelah kiri kami longkang yg dlm dlm 5 meter dan sebelah kiri gaung yang kami sendiri tak tahu dimana sudahnya. Aku dan Nina yg memiliki ketakutan kepada ketinggian atau dalam bahasa mudahnya GAYAT memang tak boleh melangkah langsung. Nasib baik dengan bantuan Najib dan Sabri mampu juga kami melangkah. Trek seterusnya pun lebih kurang tu juga, tapi kira ok sikitlah sebab ada pokok kiri kanan yang masih boleh dipegang. Kemudian trek berselang-seli dari trek balak masuk hutan lepas tu keluar jalan balak semula sebelum sampai di Kem Site kami.
-
Kami sampai tu dalam jam 7 lebih, tapi masih lagi boleh melihat. Dalam samar-samar tu aku terus mendirikan kemah untuk bermalam. Dengan bantuan kawan-kawan akhirnya 5 kemah berjaya didirkan (kemah baru susah weh nak naik heheheh) tak termasuk kemah persendirian Abg Apip dan kemah Pisang dan Emma (pelik la nama bdk ni). Nina dan budak-budak pompuan sudah start memasak makan malam kami. Abg Apip, Amad, Sabri dan Pakcik Burn turun semula, untuk menolong group belakang bergerak. Group last sampai jam 9.00 malam. Aku kemudain memanggil Wafi kawan aku yang baru sampai untuk masuk ke kemah kami. Sementara menunggu makan siap, aku solat. Kawan-kawan lain ada yang siapkan diri sendiri ada yang siapkan fly dan buat unggun api. Kat kem site ni line Celcom penuh wooooo. Aku mengambil kesempatan untuk call isteri aku, report keadaan aku disini heehehe. Malam tu menu makan Nasi Putih, Kari terung, sayur kubis dan fucuk. Best gak budak2 ni masak, kenyang weh, terima kasih semua. Mlm tu kami lelap dlm jam 11 mlm lebih. Tunggu gak takut ada sesi pengenalan hehehehe.
-
Tapi mungkin sebab esok kami masih perlu bekerja keras jadi malam tu kami terus tidur aja. 15 July 2007, Hujan, sejuk & angin (hangin pun ada gak)Aku sedar jam 6.00 pagi. Pagi tu hujan turun sederhana lebat. Bunyi alarm HP aku terlebih dahulu berbunyi berbanding bunyi alarm kawan aku Zafrul. Tapi disebabkan kesejukan malas lak aku nak bangun. Mula2 aku check beg aku Alhamdulillah tak basah pun. Aku adalah antara org yg pertama bangun dari tidur. Masing-masing bawah flysheet masih tidur lagi. Tapi aku rasa sapa yang tidur bwh flysheet semalam ada yang kena hujan kut, nampak basah aja groundsheet. Muzamil adalah antara yang kena hujan sebab dia tidur berbumbungkan langit adessss. Selepas Solat subuh dengan Zafrul, kami kemudian bersiap-siap tukar baju untuk trekking. Sementara menunggu makanan siap, Abg ramli telah membuka dapur haramnya dibelakang kemah hahahahaha. Menu pagi tu adalah nasi goreng dan air teh-O.
-
Dlm jam 8.30 pagi kami bergerak, destinasi kami seterusnya puncak Bah Gading. Pagi tu suasana suram seperti nak hujan, jd ramai antara kami telah bersedia dengan baju hujan masing-masing. Aku malas nak bawa baju hujan aku, jadi basah-basah pun basahlah, kata Wafi pada aku. Jalan yang kami melalui kali ini masih jalan balak lagi sehingga kesatu persimpangan masuk kedalam jalan hutan. Sepanjang jalan balak kami dihidangkan dengan pokok bunga orkid yang agak menarik. Abg Rosmal yang sememangnya peminat bunga orkid siap bagitau kami nama saintifik dia hahahahaha. Dia akhirnya menjumpai satu specis yang masih belum ada dalam simpanan beliau. Jalan hutan yang kami lalui kemudian tegak hampir 80 darjah. Tegak aduhhh masak-masak. Trek ni kami layan dalam 45 minit kemudain kami jumpa satu kawasan lapang. Selepas itu kami ambik simpang kanan untuk ke permatang, layan dua bukit barulah sampai ke puncak Bah Gading.
-
Sepanjang trek hujan turun sekali sekala dengan angin menyebabkan aku kesejukan. Rasa menyesal juga tak bawa poncho tadi. Sebelum tiba dipuncak. Aku jumpa dengan Abg Mat yang turun, 10 minit lagi katanya. Kemudian aku jumpa Wafi dan Pakcik Burn. Lepas tu baru jumpa group yang lebih besar sikit Abg Apip, Abg Rosmal, Dr. M, Nina dan beberapa orang yang aku tak tahu nama hehehehe. Aku sampai di puncak Bah Gading dlm jam 11.00 pagi, dlm 2 jam setengah masa dari kem site. Bersama-masa aku di puncak adalah Che Din dan isterinya Ona. Kami kemudian meraikan kejayaan kami dengan air kejayaan dan roti yang dibawa oleh Ona, aku makan kudapan yg aku bawa. Oleh kerana tak tahan dengan sejuk (akibat hujan dan angin, aku turun utk join group bawa tadi.. Tiada apa yang dapat aku gunakan untuk kesejukan selain dari Bendera Malaysia yang aku bawa (yang tu aja la kering pun isk isk). Terima Kasih Malaysia.
-
Sementara menunggu kawan datang, macam-macam cara kami gunakan untuk menahan kesejukan, ada yang masuk dalam ponco orang, ada yang pakai bra plastic Giant. Group terakhir sampai setengah jam kemudian. Pak Atan selaku guide belakang kami rupanya membawa senapang rela, terkujat aku, rasanya 1st time aku jumpa orang bawa senapang wakakakaka. Kami kemudian berkumpul dipuncak untuk group photo. Aku kemudian turun ke kem site dalam jam 12 tengahari. Ada diantara kami sebenarnya dah turun dari puncak awal lagi, antaranya termasuklah dua kawan aku tu Wafi dan Zafrul, Abg Mat, Abg Rosmal dan Pakcik Burn. Aku rasanya adalah antara peserta yg awal turun kebawah. Diikuti oleh Ona dan Che Din dibelakang aku. Turun kebawah agak senang sedikit kerana banyak trek menurun sahaja lagipun trek turun trek yang sama digunakan utk naik jugak, jadi takde la aku termanggu mencari trek hehehehehe. Namun trek menurun ni byk licin wooo, Dengan trek yang kebanyakan melalui curam memang kena xtra hati-hati la (tak tahu la kut gayat semlm aku belum habis lg). Sekali sekala aku bersunway kat situ hahahahha. aku akhirnya sampai ke kem site dalam jam 1.30 petang.
-
Dua kawan aku masa tu dah meruntuhkan kemah kami. Beg dan alat-alat lain telah diletakkan diatas ground. Abg Apip, Nina dan Amad yang sampai lebih awal mengemas barang-barang dapur dan flysheet.Aku difahamkan bahawa kami akan makan tghari dilast water point. Nina selaku makcik kantin, meminta kami membawa brg2 dapur utk digunakan dibawah nanti. Aku kemudian turun dari kem site bersama-sama Pakcik Burn dan Julie. Aku bab turun ni memang risau sikit tempat GAYAT semalam tu, tak tahu la camna Nina lalu sebab dia dah depan aku masa tu. Tapi masa aku lalu buluh telah diletak dikiri kanan trek tersebut jd takde la gayat sangat aku nak lalu hehehehhe. Trek selepas itu menurun2 serta berbatu2 mmg sakit kakiaku ni hahahahaha. Ada satu tempat Julie jatuh akibat hilang keseimbangan badan. Jatuh tepat tempat sembunyi lipan. Besar gak lipan tu ada besar ibu jari aku, panjang dalam sejengkal. Nasib la tiada apa-apa terjadi, lipan tu pun terkejut lari dari tempat tu, manakala Julie ada luka sikit akibat terkena batu.
-
Kami kemudian tiba di last water point dlm pukul 3 petanglebih. (jam aku dah rosak dah masa ni masuk air jd aku agak aje la). Semasa aku tiba Nina dan start masak meggi, aku keluarkan bekas air aku untuk masak air. Sementara menunggu meggi masak, aku berehat dan solat zohor asar. Meggi siap beberapa minit kemudian, sedap gak meggi PaMa ni tapi tak boleh tambah sob sob. Lebih kurang jam 4.20 kami bergerak turun ke Pos Gedung. Kali ni 4WD akan tunggu kami di Pos Gedung. Kira lega lak rasanya, kalau kena menapak ke Pos Senta mau menangis kami hahahhaah. Perjalanan turun agak senang la takde curam-curam lagi, Jalan balak pun lebar la, Cuma bila disebut turun ni tidaklah semua turun, selepas simpang kami naik dari trek sungai tu, trek balaknya naik naik walaupun tak pacak tapi naiknya panjang sangat weh. Rasa dah jemu aku layan naiknya, ingat dalam sejam gak la aku layan trek balak menaik ni sebelum treknya menurun menurun tak hingat, sampai terketar2 dah lutut aku menahan.
-
Trek balak ni jauh gak la, Sepanjang trek Balak ni aku berjalan bersama Wafi, dan Julie yang join kami lewat sikit ( laju plk budak ni) Mental aku ikut trek balak ni sebab tak sampai rasa macam dah jauh dah jalan. Pula tu sama tengah jalan tu nampak pula Sekolah Pos Gedong tu, tu yang kami harapkan bila la nak sampai, tapi tak sampai-sampai hahahahah. Apapun dihujung jln balak kami lalui satu kebun getah sebelm jumpa satu perkampungan Org Asli. Disini Aku, Wafi dan Julie sempat berkelipan dengan anak-anak Org Asli tu, kudapan aku yg lebih-lebih tu aku bagi semua pada anak-anak Orang Asli disitu. Setelah bertanya arah dengan orang disitu kami meneruskan perjalanan kesebelah kiri kami melalui jalan balak???, balak lagi ingat dah sampai. Ketika ini aku berjalan bersama budak KRESMA Ain dan Ayong. Diaorg pun dah mental gak, betul ke jalan ni, alamak menaik lagilah. hahahahahaa. Aku pula pujuk mereka tak apa kita jalan depan sikit lagi, nasib la perpandukan sign yang dibuat diatas tanah, dan instinct aku hahahaha, akhir kami sampai ditempat pondok kami berehat sblm jumpa Pos Gedung semlm.
-
Amad menyambut kedatangan kami. Durian yg dibeli oleh Abg Ramli dihidangkan sebagai hadiah kejayaan kami. Hureeeeeee.Kami sampai di pondok tu dalam 7.30 malam dan difahamkan 1st group dah diambil oleh 4WD dalam pukul 7.00 malam tadi. Sedap jugak durian ni, Wafi yg takut nak makan sebab takut panas telah pergi mandi dan smayang dulu. Dlm jam 8.00 malam aku dan Amad pula mandi. 4WD dijangka paling cepat pun sampai dalam 8.30 malam. Jadi kami kena cepat bersiap sedia. Abg Ramli dah mula membuka dapur haramnya hahahaha. Aku pula lepas solat rehat kejap sambil makan meggi Abg Ramli. Tiba-tiba bunyi hon. Eh 4WD dah sampai ke. Kalut jugalah aku bersiap. Sampai di 4WD masing-masing dah letak beg, yang pompuan ada yang dah masuk dalam. Aku pula kena duduk belakang lagilah. Driver 4WD nampak mcm marah-marah, dia kata ni last trip, bini dia tunggu la, dia dah tunggu dari pukul 3 petang lah, Heran juga aku ni dari pukul 3 petang dia tunggu, kalau ikut tentatif pun jam 6 baru kami dijangka turun.. Amad berusaha memujuk Driver supaya mengambil rakan-rakan lain yang masih belum sampai. Emma dan Pisang memang terpaksa kami tinggalkan kerana tak muat. Setelah menyampaikan sedikit pesanan kepada mereka, kami pun bertolak ke Pekan Bidor.
-
Dalam 4WD Amad sentiasa fikir macam mana nak ambil kawan-kawan kami tu, Aku pula duduk layan pewai dalam 4WD, ada gak sekali aku rasa nak muntah tapi tak jadi. Aku bagitau Amad, kalau kita tak boleh cari 4WD, kita call la Denno, tanya pendapat macam mana nak selesaikan masalah ni. Sambil tu aku berharap Abg Apip dan Nina dah jumpa 4WD di pekan Bidor. Sampai di Pekan Bidor kira-kira jam 9.30 mlm. Aku terus pewai, sambil meminta Wafi mengambil beg aku, Amad dan Abg Ramli cuba memujuk untuk terus mengambil rakan-rakan kami. Tapi nampaknya dia dah buat keputusannya. Di masjid, Bidor hanya Abg Rosmal yang ada, yang lain semua tiada, mana pula mereka ni. Aku cuba call Abg Apip untuk tahu perkembangan mereka tapi gagal, Nina memang aku tahu bateri kong dari kem site lagi. Hanya Zafrul yg berjaya dihubungi. Itupun katanya Nina, Abg Apip ada di KFC. Adesss. Buntu juga aku ni. Amad pergi rata-rata cari 4WD, kedai cina pun dia pegi. Nina kemudian datang dengan 4WD kami tu, rupanya mereka ke Balai Polis lapor yang kami selamat tiba, dan Abg Apip juga ada di sana sedang berusaha minta polis tu cari 4WD untuk kami. Amad yang dah buntu call Deeno untuk minta bantuan dan nasihat. Denno akhirnya setuju utk turun dgn 4WD. Apapun akhirnya Abg Apip telah berjaya membawa satu 4WD dari balai polis. Che Din pula berjaya membawa satu 4WD dari Pos Gedong. Denno pula tak payah datang ke Bidor, Cuma tunggu di KL sahaja. Driver Bas pun setuju untuk tunggu kami semua sampai sebelum bertolak balik.
-
Sementara menunggu aku dan kawan yang lain telah ke kedai makan (takde lauk bosan gila) ditepi Caltex. Dalamjam 12 lebih aku dan Wafi bergerak semula ke masjid sambil belikan sedikit bekalan untuk driver Bas. Sampai disana Nina sedang mengemas kemah. Aku bagitau dia suruh masuk barang-barang kelab dalam Bas terus sebab pada perkiraan aku, sekejap lagi sampai la budak-budak tu. Kawan-kawan lain yang ada dimasjid tu tidur sambil merehatkan diri masing-masing. Aku dan Nina masukkan barang-barnag kelab dalam bas. Dalam jam 12.45 pagi 1st group tiba. Mula-mula ingat Abg Apip, rupanya 4WD dari Pos Gedong. Abg Apip tiba 15 minit kemudian. Syukur masing-masing dah sampai. Kami terus masukkan beg kedlm bas dan bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam bas aku baru tahu yang 4WD yang kedua tu Abg Apip yg pandu. Abang yang bawa 4WD tu tak reti pandu pun, adessss. Apapun tahniah kpd Abg Apip, tapi kelakar juga dengar cerita budak-budak yang naik Abg Apipnya 4WD. Lajuuuu mcm rooler coaster. Siap ada yang berdoa hahahhaha. Abg Apip nak kejar trip rupanya, takpelah, tapi kalau betul la ingat Abg Apip boleh cari Hilux sebiji, takde OGKL terpaksa cari 4WD macam malam tadi hehehehehe.
-
Kami tiba di Kuala Lumpur jam 3 pagi. Kepulangan kami disambut oleh ahli2 OGKL yg dtg menjemput Deeno, Kak Leha, Kak Fazid dan Azmin. Aku tumpang kereta Kak Leha utk pulang ke Shah Alam, nasib2 kalau tak mau melayang 10 20 hinggit. Utk tidak menyusahkan Kak Leha aku minta Jijan menghantar aku kerumah. Aku selamat tiba dirumah jam 5 pagi. Isteri aku yg menunggu kepulanganku pun boleh la bersahur sekali sempena puasa 1 rejab. Aku lak tidurr, tgk baby aku dan 3 ari tinggal rindu woooo. Apapun thanks OGKL utk trip kali ini. Diharap boleh folo trip lain pula, dgn perancangan yg lebih elok InsyaAllah.
-
- neifeng -