Wednesday, May 23, 2007

Akhirnya dapat juga aku melihat senja di Kerinchi semalam kerana sudah terlalu lama bertapa hingga ke malam di pejabat. Baru sahaja aku hendak mengepau, kaki pau Nik Shafini dan Kak Su di D’ Kerisik semalam tetapi malangnya mereka sudah pulang ke rumah seolah-olah tahu pula dengan kedatangan aku. Bosan melihat siaran tv percuma di rumah, aku mengambil syiling berjumlah seringgit di atas meja terus ke stesen bas Universiti dan tidak sampai 7 minit bas Rapid ke Mid Valley sudah menjengah. Kononnya mahu membeli barang-barang keperluan V2 seperti bag sandang kecil tetapi satupun tidak aku beli. Samsu baru sahaja menghantar kad kahwinnya tadi yang akan berlangsung pada Ahad di Klang ini sama tarikh dengan John yang akan dilangsungkan di Tangkak lagi bagus Noindra, Wandi dan Bashir juga akan berkawin pada 2 Jun 2007 dan lagi-lagi bagus aku masih menyimpan contoh-contoh kad jemputan kahwin yang diberi oleh Kevin yang bercadang mahu menaja segala urusan percetakan tersebut suatu masa dahulu. Agaknya bagaimana aku hendak menyusun kata bila bersoal-jawab dengan Abang Siak surau tingkat 3 kerana bila aku mengemaskan "in tray" Alam Flora barulah aku perasan sampul yang berisi duit derma rakan sepejabat untuk kuliah Zohor Isnin lepas.

No comments: