Thursday, May 31, 2007

Entah mengapa semenjak-dua menjak ini Nathan mengutuk dirinya teruk kerana asyik sipi sahaja tikamannya macamlah sebelum ini dia selalu tidak sipi semasa menikam saham seringgit. Bulan kelahiran aku akan melabuhkan tirainya hari ini dan sebagai penerima anugerah pekerja cemerlang aku sudah semakin baik dalam menyudahkan pertambahan kerja yang sekali ganda jumlahnya kerana daripada 21 hari bekerja bulan ini, aku berjaya untuk keluar daripada Taman Desa sebelum pukul 5.45 petang untuk selama 6 hari. Demam aku sudah semakin baik walaupun tanpa ubat antibiotik di beri oleh Doktor Bennette tetapi digantikan dengan vitamin C. Mungkin Doktor Bennette merasakan diet aku tidak berapa teratur agaknya bukan kerana masalah daya tahan badan kerana kekerapan aku melakukan aktiviti gaban sudah cukup untuk menguatkan daya tahan badan aku. Itu semua dibuktikan melalui lukisan tangan gambarajah bagaimana reka bentuk tulang-tulang dan urat aku yang telah dibaiki dalam laporan perubatan yang ada dalam simpanannya. Nampaknya talian telefon terus di dalam kapal selam ini masih belum ada tanda-tanda akan dipasang hingga memaksa bateri talian bimbit aku bekerja lebih masa daripada yang sepatutnya kerana sebagai pekerja cemerlang lagi terbilang ramai yang mencari aku supaya janji-janji manis itu ditunaikan.

No comments: