Monday, May 28, 2007

Bermula dengan teguran kenapa aku sudah lama tidak bermain tennis, Dr. Sahar agak panjang syarahannya kali ini hingga ke bab kenapa kadang kala kita perlu mengabaikan teknik bermain di dalam sukan kerana mungkin tidak sesuai dengan fizikal kita hinggalah kepada pentingnya sukan memanah dan berenang untuk untuk melengkapkan ilmu penjurit. Mak angkat aku asyik mengomel di kedainya kerana masih belum terbang ke Mekah kerana masalah penangguhan penerbangan dan sebanyak 16 orang guru yang akan pergi bersamanya menangguhkan pemergian mereka pada cuti sekolah akan datang. Semenjak aku mendapat anugerah pekerja cemerlang dan terbilang jumaat lepas aku menerima begitu banyak ucapan tahniah dan yang aku paling terharu ialah ucapan tahniah daripada Azam Orang Minyak yang menyuruh aku meninggalkan tempat ini sementara temberang aku belum terbongkar. Seperti biasa kaki pau Nik Shafini dan Kak Su sudah mula mengenen aku untuk D’Kerisik agaknya bila pula aku boleh mengepau mereka jika hari gaji, harijadi mereka, harijadi aku dan hari bonus aku sahaja yang asyik dipau. Tidak sampai sepuntung rokok anugerah pekerja cemerlang dan terbilang itu diterima sudah ada yang berani duduk di sebelah aku mempertikaikan bagaimana aku boleh mendapat anugerah itu walhal “claim”nya sangat-sangat lambat diterima. Inilah sifat orang kita selalu sangat terpedaya dengan anugerah dakyah Yahudi ini, sejak bila pula aku cemerlang dan terbilang melakukan kerja tetapi ia bagaimana temberang yang dilakukan sehingga sesuatu kerja itu dilakukan. Hari ini bermulalah episod baru aku di sini di mana sudah boleh duduk di dalam kapal selam di atas perkenan bos aku al-maklumlah aku kan pekerja cemerlang, terbilang dan temberang!

3 comments:

aaj said...

Waaa....ha...ha...
tak sia-sia le akak gamkan riben tu ari tu...rupanya depa nak bagi kat awak. Iskh!..Iskh! tak ku sangka-sangka. For sure ramai yang "Jaki" ni...termasuk le akak..he...he...pas ni nak belajor le jugak cara-cara temberang yg terbilang tu....sudi ke nak turun ilmu tu? Eh! awak tak rasa terkurung ke duk dlm kapal selam tu?

Maswafi Abd Samat said...

Antara petuanya:-

1.Sentiasa membawa kertas jika mengulat.

2. Jangan buat blog selepas pukul 8.30 pagi.

Maswafi Abd Samat said...

"Terkurung"? duduk disini tak adalah sekurang-kurangnya x payah dengar orang bergayut kat telefon setiap pagi.