
-
Angin angau apatah yang meresapi aku menyebabkan tiba-tiba aku memerah “throttle” Honda NSR aku ke Jalan Jugra menyergah pejabat Pacesetters menanyakan sijil 30.1 km aku yang lepas tanpa menghubungi mereka terlebih dahulu. Mahu sahaja aku marahkan Jenny kerana lambat sangat menghantar sijil itu ke rumah aku, tetapi bila melihatkan gambar di sijil Gunasegalan a/l Muniandy itu seiras-iras muka Zafrul, senyum aku berseri-seri seperti duda anak empat yang akan berkahwin dengan ada dara umur 21 tahun lagaknya. Aku kenal sangat muka Zafrul itu walaupun dibuat pembedahan plastik sekalipun ataupun memakai bedak sejuk setebal tiga inci hidungnya tetap penyek seperti dulu. Jenny berkali-kali memohon maaf di atas kesilapannya itu, kalau hendak diikutkan sifat jahat yang ada pada aku sepatutnya biarkan sahaja perkara itu tetapi memikirkan Zafrul boleh mendajal aku dalam projek gunungnya aku batalkan sahaja niat murni aku itu.
No comments:
Post a Comment