Friday, May 04, 2007

Teruk jugalah aku mahu memerah otak untuk memasukkan perisian streamyx dalam komputer riba Aidil yang baru dibeli, aku tidak tahu sama ada aku yang memang bangang atau jurutera perisian itu yang bangang kerana ia tidak dapat mengesan segala perkakasan komputer tersebut semasa aku memasukkan "driver" tersebut. Semasa itu barulah aku perasan bahawa sebenarnya Azam memang "terror" pasal komputer apabila ia menasihatkan aku mengabaikan perisian tersebut semasa menghulurkan pertolongan, sebaliknya menggunakan kaedah manual. Agaknya apa tujuan dibuat perisian yang berharga beribu ringgit dari segi kos pembuatannya jika ia tidak boleh digunakan, mungkin cuma mahu memenuhi kantung Khairy Jamaluddin dan kawan baiknya Azam agaknya. Kalau dilihat di dalam buku manual perisian tersebut sungguh dahsyat diceritakan ia sangat "compatible" dengan semua "Operating System" termasuk Mac dan Linux, mungkin Azam juga terlibat dalam percetakan buku manual tersebut agaknya.
-
Lusa merupakan Larian Bomba yang ketiga aku sertai sama seperti Power Run, KLIM dan entah apa lagi Larian Cap Ayam yang tidak mampu aku ingati yang penting paling ia menjadi aras tunjuk tahun ketiga aku terlibat dengannya secara serius. Dulu aku cuma lelaki yang termengah-mengah menghabiskan 3 minit untuk "full contact sparring" yang dirasakan terlalu lama dan sekarang aku boleh menamatkan 30km di bawah masa 3 jam sesuatu yang tidak pernah aku jangka, mungkin sudah sampai masanya aku menamatkan kandungan pelengkap Buah Pukul Mersing iaitu Sendeng 7 hari. Tiga tahun dulu mentorku Firdaus meninggalkan aku 40 minit di hadapan dan sekarang aku cuma berada 12 minit di belakangnya semasa PD Half Marathon dan sudah dekat sangat semasa Larian Terowong jika aku berusaha lebih sedikit dengan melanggar kakinya hingga tempang hasrat murni aku akan tercapai dengan lebih cepat. Mungkin hasrat murni aku yang cukup tinggi itu menyebabkan aku dapat menandingi Farrah walaupun sebelum ini asyik dilanyak hidup-hidup hinggakan aku tidak tahu dimana mahu disorokkan muka aku yang berjerawat pada masa itu.
-
Ramai jugalah yang prihatin menasihatkan aku supaya memperlahankan aktiviti aku supaya tidak tersungkur lagi di katil hospital melihat syiling sambil ditemani bidadari-bidadari. Aku rasa itu lebih baik daripada aku menjadi "mayat hidup" melayan suara-suara kecil yang asyik menggangu dalam kepala ini yang sudah semakin hilang. Bila aku melihat Azam dan Fadhli yang sudah semakin memboyot seperti cikgu pelawat yang datang melawat sekolah aku dulu yang lebih banyak masa mereka di kantin aku rasa amat bersyukur dengan kejayaan aku mengekalkan perut aku walaupun ada sedikit pelampung yang sengaja ditinggalkan supaya dapat digunakan untuk berenang. Apapun "Selamat Menyambut Hari Lahir" untuk aku! dan semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan aku berharap 33 itu bukan sekadar nombor yang selalu ditikam oleh Nathan.
Posted by Picasa

4 comments:

Anonymous said...

Epi besday ma pren...
moga panjang umo dan
moga apa yang citakan menjadi kenyataan..Amin

larian bomba tuh..ngko agak2 dapat tak haku berlari laju lagi dan meninggalkan ngko kat belakang? :)

-aYob-

Anonymous said...

Eeee...Wafi dah tuo..hehehe..anyway Hepi 33th BornDay, semoga apa yg di idamkan selama nih(kawin ler)akan tercapai tahun nih,aku sebagai best fren mung akan sentiasa berdoa mung akan bertemu seseorang yg blh tahan dgn perangai mung yg ntah hapa2 tuh!!Jgn mare...nanti lg tuo!!!

Anonymous said...

it's your birthday today???

HAPPY BIRTHDAY!

Maswafi Abd Samat said...

TERIMA KASIH semua, aku punya birthday 5 May, kahwin???? tunggu sahaja masa yang sesuai nanti aku bagi tau. Ala Ayob kalau tak dapat potong aku lusa pun tak pe! anggap sahaja ia training samapai la kau dapat potong aku he...hee..