Thursday, May 24, 2007

Sudah semacam merajuk semua monyet-monyet dengan aku di Bukit Damansara hingga tidak memunculkan diri mereka sewaktu aku menikmati senja sambil menguji tahap kardiovaskular aku dengan jarak 10,000 meter. Mungkin bau badan aku sudah tidak boleh menarik perhatian mereka agaknya ataupun sudah tiada lagi sumber makanan di situ dan mujur juga mata ini dapat dicuci apabila terserempak dengan Stephanie beberapa kali yang turun berlatih berbasikal dan berlari. Nasib baik Warung Aiman yang menjual Sup Herba terletak berhampiran pondok polis Bukit Angkasa jika tidak sudah lama aku simbah petrol dan cucuh dengan api kerana asyik tutup sahaja semenjak dua menjak ini. Ini agak menyusahkan spesis Batman seperti aku untuk membatman mencari makanan kegemaran sambil berbual dengan kawan-kawan aku hingga terpaksa mencari sarang yang lain walaupun tidak berapa selesa. Rosli akhirnya keluar dari sarangnya sekejap untuk berjumpa aku itupun atas alasan untuk mencari kerja, sudahla tiada kerja pelaburannnya di dalam e-barrel hilang begitu sahaja kerana penganjur mencabut “plug” secara tiba-tiba dan sekarang duitnya di dalam Swiss Cash sebanyak RM2000.00 agak kabur statusnya.

No comments: