Tuesday, May 15, 2007

Posted by Picasa
Ramai yang menghubungi aku untuk memastikan aku berada di tanah rata Kuala Lumpur kerana menyangkakan aku adalah di antara makhluk yang sesat di Nuang Ahad lepas. Sangkaan mereka itu berdasarkan ketidakhadiran aku semasa “Hari Keluarga” sabtu lalu, sayang juga mereka pada aku rupanya. Ramai yang tidak percaya bahawa aku akan melunaskan nazar aku menyediakan pulut pelangi jika Azam “keluar” dari sini, termasuklah tuan empunya diri. Kak Ita yang mengambil tempahan pulut tersebut juga terkejut dengan permintaan pelik tahap gaban aku itu kerana katanya orang yang tidak sukakan seseorang yang lain sahaja akan berbuat sedemikian rupa. Ini bukan soal aku aku sukakan Azam atau tidak tetapi ia lebih kepada mencabar Azam supaya keluar dari kepompong zon selamat.

3 comments:

Anonymous said...

Tima Kasih Wafi atas ke'best'an pulut pelangi ko(wpun bkn ko yg buat),ini menunjukkan di sebalik perangai jin afrit ko, ko sebenarnya mempunyai ati yg baik jgklah(rasa berat sgt nak puji la,xtau naper...)aku gerenti Azam mesti terharu tahap gaban ngan ko cuma dia x tunjuk jer..

Anonymous said...

Memang best pulut pelangi tu...
walaupun nazar ko untuk azam tapi akak rasa banyak gak pahala yg ko dapat sebab rezeki pulut tu untuk kengkawan yg lain juga..

Mana tahu, berkat makan pulut pagi tadi & doa kengkawan semua dimurahkan Allah swt rezeki awak lagi & semoga cepat bertemu jodoh..
Amin....

Maswafi Abd Samat said...

Aminnn........