Thursday, May 10, 2007

Sudah dua hari aku bermain futsal dan selama itu juga terasa “alignment” pinggang aku tidak berada dikedudukan yang sepatutnya. Itulah akibatnya jika terlalu membina otot-otot untuk larian jarak jauh hingga mengabaikan sukan yang berbentuk “interval”, terasa satu kerugian pula kerana tidak mempelbagaikan kaedah latihan sebelum ini. Mujur jugalah aku berjumpa dengan pusat sukan yang baru di bina oleh syarikat induk aku di Petaling Jaya itupun setelah mengganggu Ayob beberapa kali, jika tidak sudah tentu aku menggantikannya dengan aktiviti senaman menyantap sup kambing di Maplay 223 yang terletak di tempat yang sama. Tetapi suatu benda yang masih membuatkan aku tidak faham ialah kenapa pula kami dikenakan bayaran RM80.00 sejam penggunaannya sama seperti caj yang dikenakan di luar, rasanya lebih baik diboikot sahaja penggunaan selepas ini biar terlungkup pusat sukan itu walaupun kepunyaan syarikat induk kerana aku tidak merasakan apa-apa kelebihan bila menggunakannya. Rasanya baru dalam tiga minggu aku kurang mengadakan latihan, berat aku sudah bertambah 3 kilo. Apa yang aku dapat buat sekarang ini ialah berdoa bahawa penimbang di jimnasium itu rosak tetapi aku tidaklah runsing sangat kerana Hanif yang selalu masuk acara triathlon sudahpun naik 6 kilo jadi harapan dia untuk memotong aku adalah tipis. Lagipun kalau susah-susah sangat aku langgar sahaja semua kawan-kawan aku yang bercita-cita besar mahu memotong aku terutama sekali Ayob dan Zafrul.

1 comment:

Anonymous said...

hahahahahahah...ada niat jahat upanya...x pelah semakin lama catatan masa haku semakin baik..
larian lepas 1jam 9minit berbanding dulu 1jam 12minit dan dulu-dulu 1jam 19minit dan dulu-dulu lagi 1jam 22minit errmm..
Alhamdulilah :)

-aYob-