Friday, May 18, 2007

Sudah empat pagi jam Tag Heuer cap ayam aku merajuk tidak mahu bangun tidur, itu menunjukkan bahawa aku sekarang ini sudah kurang bergerak melainkan duduk marathon di hadapan komputer daripada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam memasukkan data untuk ke dalam perisian Kaizen HR sempena hari gaji, itu aku rasa tidaklah sehebat Zubir playboy yang mampu duduk marathon di hadapan televisyen menonton kartun kanak-kanak ribena Initial D dan pelbagai cerita kanak-kanak yang lain seperti Heroes. Azam yang menggunakan hos RNZ Group menghantar emel kepada aku pada pukul 11.37 pagi semalam iaitu waktu minum pagi di sana menurutnya, mahu sahaja aku memohon jawatan di sana dengan segera. Rupanya masih belum padam cerita pulut pelangi yang lepas kerana Kak Ita masih menerima tempahan daripada Liza yang sedang mengandung kerana kempunankan pulut itu pada selasa yang lepas. Marah betul aku dengan sikap penunggang motosikal dari arah Mid Valley yang tidak pernah menghormati lampu isyarat berwarna kuning orang lain di “fly over” Kerinchi hingga memaksa aku menekan brek tahap gaban kerana lampu kuning itu membawa maksud memerah “throttle” kepada aku.

No comments: