Wednesday, May 09, 2007

Lebat sungguh hujan di pagi ini hingga dapat menembusi baju hujan grade A Cap Ayam aku, ia juga menyebabkan kesesakan ke arah Jalan Syed Putra dan Shah Alam. Mungkin hari yang baik untuk memberikan alasan datang lambat walaupun memang tiap-tiap hari datang lambat. Hari ini audit akan bermula di jabatan aku yang merupakan rutin bulan Mei setiap tahun di syarikat aku dan seperti biasalah “NCR” itu adalah milik aku setiap tahun al-maklumlah sifat bangsaku mana pernah melepaskan peluang untuk membalas dendam samalah seperti bermain “paintball” jika aku sepatutnya sudah mati terkena satu tembakan tetapi sudah tentu paling-paling kurang 15 tembakan kena pada dada, kaki, kepala, tangan dan mungkin juga pada bahagian yang tidak sepatutnya tambah-tambah jika yang menembak aku itu Azam, Fadhli dan Syahril. Jika aku tidak memiliki "NCR" hari ini, aku terpaksa mengumpamakan ia adalah benda kelapan yang ajaib di dunia dan terpaksa lagi memecah tabung ayam untuk membelanja Nik Shafini dan Kak Su. Ramai yang tidak percaya bahawa Azam akan berhenti kerja di sini kononnya kata mereka Azam itu telah sain “kontrak mati” kerja di sini. Aku pun sebenarnya tidak percaya tetapi bila dia memohon pertolongan aku untuk mengarang surat berhenti dan menelefon aku berkali-kali untuk bertanyakan bagaimana untuk mengayat bosnya maka terpaksalah aku mempercayainya. Dia juga tidak banyak menceritakan syarikat barunya itu tetapi menurut khabar yang di bawa oleh angin syarikat itu ada berkaitan dengan “oil & gas” yang terletak berhampiran dengan Menara Great Eastern Jalan Ampang dan gajinya tentunya lumayan!

2 comments:

Anonymous said...

Tak kan nak belanja Nik Shafini & Kak Su je.... Bonus dpt banyak, boleh le belanja orang lain gak

Tapi yg paling penting jangan lupa bagi pada bonda. Eh! duit bonus kita ni kena bayar zakat tak? cuba check sikit...termasuk dlm zakat pendapatan ke?

Maswafi Abd Samat said...

Amboi-amboi siapa pula yang Abang Johan kena belanja ni! Bagitau je setakat teh ais dan roti telur kat D Kerisik tu bila-bila. Kalaulah benda kelapan yang ajaib di dunia itu berlaku rasanya mahu sahaja aku buat kenduri pulut pelangi.

Terima-kasih ingatkan aku pada Makcik Mah!

Zakat pendapatan memang sah kena potong,tolak je 2.5% kalau RM4000 dalam RM100, tolak itu dan ini (tanggungan)paling kurang kena tolak RM30. Kalau tidakpun besok boleh tanya dan bayar di booth zakat di lobi.