Tuesday, May 01, 2007

Makcik Mah bising-bising dengan aku kerana membawa pulang Play Station 2 sebulan yang lepas kerana ia tidak dapat mengawal Uda daripada berhenti bermain bola sepak maya. Akupun sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan benda tersebut kalau setakat hendak aku pinjamkan kepada Nizar lebih baik aku humbankan ke dalam lombong A-A Tin supaya semuanya tidak dapat menggunakannya lagi.Sudah lama benda itu tersadai berhabuk di bilik sewa aku kerana tujuan utama aku membeli Play Station 2 itu sebab marah dengan Pian yang mengatakan harganya terlalu mahal untuk barangan terpakai disamping itu mungkin juga aku dapat menghilangkan suara-suara kecil yang pernah sentiasa berbunyi dalam kepala ini.
-
Pagi-pagi semalam banyak panggilan yang aku terima daripada pejabat hinggakan Makcik Mah mengatakan lebih baik aku tidak bercuti jika asyik terpaksa menjawab panggilan tersebut. Rasanya semua kerja sudah aku bereskan sebelum pulang ke kampung menaiki keretapi malam sabtu lepas dan aku cuma dapat menghabiskan kerja betul-betul 60 minit sebelum keretapi aku berlepas menggelabah tupai juga aku dibuatnya. Aku rasa bangla yang mengambil kontrak mengecat pun akan terkagum dengan aku bila melihat aku bekerja tidak mengikut waktu sekarang ini dan selepas ini bolehlah aku mengajak bangla mengikut aku mendaki gunung.
-
Entah kenapalah Taukeh kedai makan di hadapan Masjid Tapah itu tidak reti mahu menguntum senyum padaku walaupun sudah menyediakan jumlah wang yang tepat sejak dahulu lagi, mahu sahaja aku cili-cili mulutnya supaya dia kembali senyum sewaktu mukanya terpampang dalam suratkhabar "The Star" tahun lalu. Kalau diikutkan hati jika urusan Lembaga Tabung Haji untuk Makcik Mah itu selesai awal tidak perlulah aku mendapat dosa kering selepas mengutuknya kerana singgah makan supnya yang sedap itu.
-
Sewaktu melalui kawasan rumah Mat Enggik di Guntong, aku lihat keadaannya jumlah kereta yang banyak singgah di situ masih tidak susut malah bertambah semata-mata mahu mengaji ajaran baru yang diamalkannya. Sebenarnya melalui siasatan "budak nakal" tiada apa yang yang hebatnya ajaran baru tersebut melainkan ada seseorang yang akan ditugaskan memadamkan dan membuka suis lampu surau berkenaan semasa mereka sedang solat berjemaah dan akan lebih mulia berhari raya sesama mereka daripada mencium tangan ibu bapa mereka sendiri. Rumah aku sudah seperti kaunter pertanyaan hari ini kerana menerima pertanyaan daripada pelanggan Bomoh Zain yang datang ke rumahnya tetapi dia tiada di rumah kerana telah pergi ke Ipoh petang semalam.
-
Kalau aku ini Pengerusi Petronas mahu sahaja aku memberikan anugerah Petronas Paling Bangang di Malaysia itu kepada Petronas di tempat aku sendiri. Mana tidaknya sudahlah ia sangat besar dan cantik, cuma kecil sedikit daripada Petronas PLUS Sabak Bernam tetapi malangnya kedua-dua pam mengisi anginnya rosak sebulan lalu dan sebelum ini "indicator" sudah rosak sejak ia ditubuhkan tapi boleh juga dilanyak walaupun kadangkala mahu sahaja aku beli petrol di Shell berhampiran untuk disiramkannya pada benda alah itu dan dicucuh api.

2 comments:

Anonymous said...

Playstation 2 kalo nak dibuang dan rasa menyemak dalam bilik ngko tuh... lebih baik jual ajer kat haku nie
huhuhuhuhuhu..

-aYob-

Maswafi Abd Samat said...

Beli je kat kedai beb murah je sekarang!