Thursday, May 03, 2007

Pesta Buku yang aku kunjungi di PWTC semalam tidaklah sehebat 5 tahun dulu dimana Dewan Bahasa Pustaka mengunjurkan potongan harga hingga 70% tetapi semenjak diambil alih oleh Dawama adalah potongan 15% itupun terhad cuma untuk Kamus Dewan dan majalah-majalah propaganda Khairy Jamaluddin. Pujian harus diberi kepada Karangkraf, Creative Enterprise, Berita Publishing kerana memberikan potongan hingga 30% bersama cenderahati dan mungkin boleh berjumpa dengan penulis buku untuk tujuan autograph. Puas jugalah aku mencari Matt Romeo penulis gila yang aku pujai tetapi tidak berjumpa kerana kalau setakat hendak membeli novel-novel yang dijual rasanya tidak mungkin. Bagi aku biarlah Kak Aishah, Nik Shafini dan Kak Su sahaja yang menghabiskan duit mereka membeli novel-novel tersebut manakala duit aku bolehlah aku gunakan untuk tujuan mendaki gunung sambil meminjam novel-novel kepunyaan mereka dan “menjaganya” seperti kepunyaan aku.

No comments: