Wednesday, September 26, 2007

Nik Shafini belumpun masuk waktu Zuhur telah terlentok seperti bayi yang sedang tidur penatnya semacam lelaki beriman yang berpuasa seperti aku, melantak sahur terlampau banyak agaknya. Sudahlah sakit hati melihat Nik Shafini yang terlentok sewaktu bekerja, kuliah Zuhur oleh Ustaz Razis pula banyak mengelirukan aku semalam dengan kuliah Ustaz Ahmad Awang daripada Persatuan Ulama. Ini berlaku bila Ustaz Razis menjelaskan teknik “stunning” dalam sembelihan di KFC adalah haram berbanding Ustaz Ahmad Awang yang membenarkannya dengan kadar yang tertentu dan beliau sendiri merupakan panel dalam menentukan premis itu layak untuk melakukan sembelihan suatu masa dahulu. Inilah masalah dengan ustaz-ustaz kita walaupun satu aliran politik tetapi masih bercanggah dalam soal-soal halal dan haram bagaimana mahu menarik perhatian penyokong kerajaan sejak lahir seperti aku.


2 comments:

errieshah said...

Hello bro, jangan nak pening2 kepala, badan yang menghalalkan bende ni semua ialah jakim, lu call je jakim tanya, pasal stunning, jangan dengar suara orang perseorangan dia pun tak salah jugak sebab itu pendapat dia. Comel Fini Tu ek?

Maswafi Abd Samat said...

Ha.. haa.. betul aku setuju. Nak tengok gambar muka Fini tengah lentok? tunggu aku suruh Syahril tangkap, petang ni dia mesti lentok lagi punya.

Eh! you sapa ye?