Sudah menjadi kebiasaan bangsaku sejak azali lagi jika melihat seorang wanita cantik berdiri di sebelah lelaki akan terkeluarlah perbendaharaan bahasa inggeris seperti “beauty and the beast” dan “minah ni mesti kena mandrem” seperti di dalam perbendaharaan bahasa melayu jawa. Sifat kedengkian mereka juga terserlah hingga sanggup mengatakan pokok kelapa itu lebih hensem daripada muka aku. Angah si bujang tiga telah menyatakan hasratnya mahu mengayat Marsha pada hari ahad ini sempena “Kuala Lumpur International Marathon” waduh sungguh tinggi cita-citanya, jika setinggi itu cita-citanya ditanamkan semasa bersekolah dulu sudah tentu dia menjadi doktor tapi malangnya dia langsung tiada ciri-ciri itu melainkan menjadi bomoh air sejuk.
-
Aku nasihatkan kepadanya lebih baik dia menggunakan hari yang masih berbaki untuk berlatih kerana menurut berita yang di bawa oleh angin, orang yang melatih Marsha itu bukan calang-calang orangnya dan cukup hensem. Aku pada mulanya sukar untuk mempercayainya, namun bila aku menyedari orang itu adalah aku terpaksalah aku menerimanya dengan redha. Aku merasakan lebih baik Angah menarik diri daripada larian tersebut kerana bukan jurulatih cap ayam seperti Azam yang selalu kalah pertandingan akhir yang melatih Marsha, silap-silap Angah “di sayur masak lemak kobis” oleh Marsha sepanjang 10km.
2 comments:
tk menang pn xpe janji bleh bgambo pehtu msk blog ni. aku yg mmg tk pernah training dan masih lg batuk-batuk akan ttp lari 10km di KLIM bg mengaut segala gift yg percuma huahaha....
-angah-
Hampeh!!! aku tak de kamera la beb! kalau kau nak gambar kau masuk blog ok, no problem! kau minta sesiapa tangkapkan gambar kau dengan awek idaman kau nanti aku publish.
Post a Comment