Thursday, August 23, 2007

Aku rasa semalam kalau muka aku dilihat dari pandangan bini pertama samalah serinya seperti baru mendapat kebenaran kahwin lagi satu. Sudah hampir setengah purnama tidak melihat matahari terbenam sewaktu pulang ke rumah kerana sibuk mencari harta kekayaan macamlah aku mempunyai banyak sangat bini untuk ditanggung melainkan Nik Shafini dan Kak Su yang sentiasa lapar itu. Kecewa juga kerana latihan interval gagal diadakan walaupun mempunyai masa kerana kalah dengan “mother of nature” yang maha hebat, namun kekecewaan itu terubat juga dengan latihan makan di Syed Bangsar dengan Zubir Palyboy kerana itulah satu-satunya pilihan yang aku ada!. Untuk menghabiskan novel Anak Dara Menteri 2 agak membosankan hinggakan aku dibuai mimpi bersama awek-awek yang aku minati, entah kenapa karangan Mat Romeo kali ini tiada “kick” seperti sebelumnya.

2 comments:

Anonymous said...

Dia ni kan suka2 mulut jahat dia ckp org lapar,bukan lapar masalahnya ko jgk yg ckp duit ko byk menimbun2 x penah nak susut, so kami tolong ko buat saham akhirat byk2....itu pun x bleh ke??

Maswafi Abd Samat said...

ha..haa.. alhamdulillah kau orang doakan aku kaya.